Posts

Showing posts from January, 2014

> PHOTOSHOOT ON WEEKEND.

Image
Assalamualaikum uols. Lokasi : Di sekitar Putrajaya Photo snap by: En. husband and Mama 

> RARE PLACE.

Image
Assalamualaikum my dear reader. Thank you sebab sudi baca blog ain yang tak seberapa ni. Huhuhu. Jumaat lepas ain balik kampung (Kuantan). So sempat lah berjimba-jimba dengan family kecil ain.  Tapi kali ni korum bertambah, adik ain yang bongsu pon turut join aktiviti photoshoot anjuran ain. Meheheh. Ramai yang kata muka kitorang sama sangat. What say uols? For uols info, gambar-gambar ni di ambil di sekitar kedai mee curry yang cukup femes di Kuantan.  Lokasinya berhampiran dengan pusat peranginan Teluk Cempedak. Kedai ni sentiasa penuh walaupun kami dah datang pagi-pagi buta. Xbuta sangat lah jam 8.30 pagi. mehehe. Oleh kerana seat di depan dan dalam kedai sudah penuh, jadi kami disuruh ke belakang kedai. Baru tau rupanya ada kerusi meja juga kat belakang tu. Hmm dan yang paling menarik perhatian ain adalah viewnya yang tersangat lah rare! Ala-ala Grafa Subang tu, teheheh.Tapi yang ni versi Kuantan ok. Bhahahhaah..... Details akan di

> DD BERKEMBAN GANTUNG.

Image
Assalamualaikum dan selamat tengahari uols. .. Semalam seperti biasa balik kerja mesti tak sabar nak bukak pintu. Sebab pertama tak sabar nak jumpa DD, dan sebab kedua tak sabar nak tengok keadaan rumah. Dan seperti biasa juga, keadaan rumah macam kapal terbalik. Bersepah-sepah dikerjakan DD. Dek kerana mental awal-awal telah di setting, so takde lah rasa nak menangis tengok keadaan rumah macam tu. Bukak-bukak je pintu nampak DD tengah terkedek-kedek dengan towel di badan. Baru pas mandi dengan tokma. Alahai cutenya..., tak jadi umi nak marah sebab sepahkan rumah. Yang kelakarnya ain paksa dia pose kat dinding. Dengan sepantas kilat dia pegi kat dinding tu dan pose bersama dua batang pena yang sedang dipegangnya. Bhahahaha. Biasanya susah gila nak snap gambar dia. Lari sana lari sini. Tapi semalam mungkin DD tengah feeling cute kot. Tu yang ikot je cakap umi dia. Tehehhe.. Snap gambar sambil ketawa tu yang senget benget. 

> Kantoi.

Image
Assalamualaikum and hi everyone. Hurrrrrrmmmmmmm..  Sape ada anak kecik angkat tangan? dan sape yang lalui situasi seperti dibawah ni angkat tangan!  Huh.. DD boleh buat ain menangis tanpa henti. T_T. Tak pernah balik kerja tengok rumah kemas. Balik je rumah, bukak je pintu, macam kapal terbalik ok.! Mama ain pun dah tak larat nak kemas, so mama biar je dia main sepuas-puasnya. Yang akan mengemas rumah itu sudah semestinya lah ain  T_T. Dia tak perasan ain tengah perhatikan dia. Seronok bukan main punggah baju yaaaa..!! Haahh. terkejut kera nampak umi. Amboiii sonok ya kamu sepah kan baju time umi takde. Kalo umi ada memang takde can lah kamu nak buat sepah.. Nampak tak akal dia, sebab takut kena marah. dia bagi senyuman paling menawan, konon nak bagi umi melting lah tu Haihhhh..  T_T Sabar jelahhhhh..

> MUTIARA KATA AL-QARNI.

Assalamualaikum and morning darlings.   "Dalam musibah itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari Allah S.W.T, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah S.W.T."  Jadi ayuh kita menyahut kata-kata ini. Untuk apa kita bersedih dengan sedikit ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya. Dia sedang menguji keimanan dan ketaqwaan kita. Jadi jangan tewas ketika kita sedang ditimpa kesedihan ya. Peringatan untuk diri sendiri juga!

> Everything.

Image
Assalamualaikum and good morning my dear readers. Family is not an important thing. It's Everything -  Michael J. Fox

> SPECIAL 13TH.

Image
Assalamualaikum uols. Haihh arini ain macam takde mood sikit, mungkin sebab (red flag kot). Colleague pon EL arini sebab ayah beliau sakit katanya (semoga Allah permudahkan urusan kak ida sekeluarga ya). So ofis agak sunyi arini tanpa kak ida. Kalo dia ada, adalah teman untuk berbicara, alahai kuar sudah ayat drama melayu. mehehe. Ok lah tanpa melengahkan masa dan melalut dengan lebih panjang, mari kita berbalik kepada main point. Hurmm special 13th? Haaa mesti korang nak tau apa yang special sangat dengan tarikh tu kan kan kan..? Ngeh ngeh ngeh..  Here we go:- 13 Januari 1988 - Tarikh Lahir En. asben ain. 13 September 2012 - Tarikh Lahir Dahlia Dhuha (anak perempuan ain yang noti2 comei) 13 November 2013 - Tarikh ain mula create blog. So no 13 ni akan menjadi no penting yang ain akan ingat sampai bila-bila dan memang takan boleh lupa. Gila nak lupa birthday husband dengan anak sendiri. So arini en. asben ain sudah menjangkau usia 26 tahun,

> HADIAH DI PAGI JUMAAT.

Image
Assalamualaikum my dear darlings. Selamat pagi jumaat uols. ..Nak di jadikan cerita. Pagi-pagi lagi ain dah dapat hadiah dari en. asben. Hurmm bunyi macam romantik je kan. Celik-celik je mata dapat hadiah.  Nak tau tak hadiah apa ain dapat? Kejap Naa..  Taraaaa... Nampak tak mata kanan ain tu.  Merah kan? Itulah hadiah dari en. asben di pagi hari. Macam ni cerita dia, ain kejut en. asben bangun subuh.  En. asben ain rabun, begitu juga dengan ain. Dalam kegelapan dua-dua ready untuk bangun,  tiba-tiba... terasa ada sesuatu tersusuk pada mata ain. Huhh. Rupanya jari en. asben. Dia nak mengeliat ke apa, ain pun tak tau. Uwaaaa hanya Tuhan yang tau. Sakit tauuuuuu... T_T

> Last Day Lina Di KKMM.

Image
Assalamualaikum. Hi my dear readers. Harini hari terakhir kawan ain ni (Lina) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia (KKMM). Sebab Lina akan bertukar ke Mindef, KL. Walaupun persahabatan kami baru berusia 1 tahun. Tapi banyak kenangan ain bersama Lina. Lina seorang yang happy go lucky dan comel orangnya. Tapi bila sentuh bab kerja dia sangat tegas ok. Haa jangan lah anak buah dia wat hal, tak pasal-pasal kena sembur direct depan muka! tehehe. Salute dia, in-terms of kerja dia memang superb! P/s: Ain doakan lina lebih berjaya di dalam kerjaya dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Semoga persahabatan kita kekal selamanya walaupun jarak memisahkan kita. Teknologi kan ada. We will miss you Lina. T_T

> OUTFIT PHOTOSHOOT.

Image
Assalamualaikum Lovelies. CANDY COLOR. Ain suka gambar ni kerana gabungan warnanya. Color Lover lah katakan. =.=

> MEATBALL, IKEA.

Image
Assalamualaikum and Hi, ..Ahad lepas ain dan family kecil ain ke Ikea lagi. Lately memang kerap pulak ke Ikea dan Curve. Boleh dikatakan tempat favourite kami melepak.  So kalo pegi sana memang tak sah kalo tak pekena Meatball nih. Addicted!

> Color Obsessed.

Image
Assalamualaikum. Morning Lovelies! I love to combine color in my outfit. I don't mind what others would say. just be your self. “The purest and most thoughtful minds are those which love color the most.” -  John Ruskin ,  The Stones of Venice

> Real Hero.

Image
Assalamualaikum dear friend. Morning, have a nice day naa. ...Wahh sungguh mulia hati Menteri Besar Negeri Terengganu ni. Kalo sebelum ini beliau digelar Robin Hood kerana menahan sebuah lori roti untuk diagihkan roti-roti itu kepada mangsa banjir. Dan yang terbaru beliau telah membantu mangsa kemalangan jalan raya di Seri Bandi, Kemaman walaupun pada ketika itu beliau sedang bergegas ke beberapa lokasi untuk menghadiri program bersama masyarakat di Kijal. Ain terharu baca artikel tersebut, sumber daripada Berita Harian. I salute you YB. Dato' Seri Ahmad Said. You are the Real Heroes! Maaf Gambar kurang clear.  Ain ambil dari laman web Berita Harian .

> Welcome 2014. I am Ready.

Image
Assalamualaikum. Ain nak ucapkan selamat tahun baru pada semua. Ain mohon maaf sekirannya sepanjang tahun 2013 ain ada buat salah pada sesiapa. Ain memang tak suka bermusuh dengan sesiapa. Biala orang buat jahat pada kita, jangan dibalas perbuatannya kerana kita manusia, kuasa membalas hanya ada pada Allah S.W.T Banyak pengalaman pahit manis ain telah lalui sepanjang tahun 2013. Dan ujian maha besar telah berlalu. Ain nak lupakan perkara pahit yang telah ain lalui sepanjang tahun 2013. Ain xnak hidup dengan perasaan benci dan bermusuh dengan sesiapa. Ain sangat percaya pada karma. What you give, you'll get it back (Vice Versa) so chillax and cool everyday..

> Zally & Qyiera Big Day.

Image
Assalamualaikum dear fellas. .. Pada 28 Disember 2013, ain telah dijemput ke majlis resepsi Zally & Qyiera. Dan pada masa yang sama en. asben ain dilantik menjadi DJ untuk majlis tersebut. So awal-awal pagi lagi kami dah ada kat tapak majlis. Demi sahabat baik kami Zally, apalah sangat dengan pengorbanan kecil ini. Ain doakan both of you dapat melayari bahtera rumah tangga dengan tabah dan sabar. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua sehingga ke Jannah. Nahhh ni gambar yang sempat ain snap sepanjang Majlis:- Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah Zally & Qyiera.