> Congratulation Azri Alwan.




Assalamualaikum.


Selamat pagi sayangku semua. Pagi-pagi dah ada entry baru nak dikongsikan dengan pembaca setia ain. Oppss, kejap-kejap persoalannya ada ke pembaca setia ain? Hahaha. Takpe mind kena sentiasa positif. Hope adalah walaupun seorang! Sobsob. Sedih bunyinya kan! Hahaha.

Malam tadi ain dikejutkan dengan pengumuman wakdoyok di instagramnya bahawa lelaki di bawah ni 
"being the first lucky winner of Hacket Malaysia Ootd giveaway"




Apapun congrats lah ya Azri Alwan. Tak sia-sia awak terima pelbagai kritikan kerana minat awak yang mendalam dalam bidang fesyen. Bak kata awak "orang yang berani kedepan sahaja sudi menerima kritikan". So you prove to me.

Mungkin sekarang pengkritik tegar awak buka mata. Kejayaan seseorang bukan hanya bergantung pada bidang akademik semata-mata , tetapi apa jua bidang, asalkan ianya tidak melanggar syarak.

*Tetiba teringat cerita 3 idiots. Siapa yang tengok cerita tu mesti faham dengan apa yang ain maksudkan.

So i learn something from u. Thank You.

P/s : Harap-harap awak sentiasa merendah diri dan tak lupa diri walaupun berada di atas.




Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.