Posts

Showing posts from November, 2014

> Thank You Husband.

Image
Assalamualaikum and hi dear readers.

Petang semalam badan Ain tiba-tiba rasa lain macam. Bisa-bisa dan menggigil. Sampai je rumah Ain terus terbaring dan berselimut. Ain sendiri tak tau sebab apa Ain jadi macam tu. Sebab sebelum ni Ain memang jarang kena demam dan sakit-sakit. Tapi semenjak melahirkan Dahlia Ain akui badan Ain tak sekuat dulu. Tak tau lah sebab faktor umur atau sebab Ain dah lama tak work out. 

So, petang semalam Ain memang tak larat nak buat kerja rumah, alhamdulillah nasib lah suami Ain tolong ringankan beban Ain. Dialah yang buat semua kerja rumah. Dari mandikan anak, bagi makan anak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan layan karenah Dahlia yang tengah melasak tu. Tak terbalas jasa beliau kerana sudi buat kerja tu semua masa Ain tengah tak sihat.



Thank you sangat-sangat B.

> Tahniah Nasreena Nazruddin & Erizal Otman.

Image
Assalamualaikum dear readers.

22 Nov 2014 (Sabtu)


Alhamdulillah sahabat baik aka BFF ain telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan kekasih hatinya. Seriously tabik spring kat Erizal Othman sebab berjaya membuka hati BFF ain yang sebelum ni agak sukar untuk menerima kehadiran lelaki (tidak memenuhi kriteria) dalam hidupnya. Semoga hubungan yang dibina kekal hingga hujung nyawa dan dipermudahkan segala urusan dalam rumah tangga.


Lamanya tak jumpa kawan-kawan masa zaman sekolah dan universiti dulu.  Bila dapat jumpa memang kecoh lah dibuatnya.

Siapa sangka jodoh BFF ain dengan kawan husband ain sendiri. 

Heroin ain masa zaman belajar kat Universiti dulu. Jasamu akan dikenang sampai mati tau.  Love you so much tau Ecah aka Epoot!

Ex shooters bertemu ex tennis players.

Buddies berpisah tiada.

BTW Majlis korang dah jadi tempat reunion ex students SSBJ dan reunion atlet menembak pahang. Memang happening and seronok sangat dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

> Photobomb.

Image
Assalamualaikum and hi guys!

Setiap kali walid posing, setiap kali itulah DD akan menyelit dimana-mana secara sengaja mahupun tidak sengaja. Bhahhahahahaa................

> Selamat Ulang Tahun Pertama Aendahlia139.blogspot.com.

Assalamualaikum and hi guys.

Alhamdulillah harini Aendahlia139.blogspot.com genap berusia 1 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. In shaa Allah ain akan terus update blog jika ada masa terluang. Terima kasih juga kepada followers dan pembaca setia blog ain yang tak seberapa ni. In shaa Allah dari semasa ke semasa ain akan memperbaiki mutu pernulisan ain dan mencari topik-topik yang menarik untuk dikongsi bersama korang. 

THANK YOU FOLLOWERS AND READERS. LOVE YOU GUYS MUCHO-MUCHOOOO...

> Work VS Family.

Image
Assalamualaikum and hi guys!

Antara keluarga dan kerja! Kat mana-mana pun boleh buat kerja ye dok? Tiada alasan kalau nak berjaya ok.

> Sky Park, One City.

Image
Salam jumaat and hi guys!
Mesti sengih-sengih je memasingkan? Esok kan dah weekend. Sebut pasal weekend, ain hampir lupa nak shared dengan korang yang 2 minggu lepas ain dan family ke Sky Park, One City. Hanya boleh cakap tempat ni biasa-biasa je. Banyak tempat makan dan masih banyak ruang kedai yang masih kosong. Nak ke atas ni kena naik lift ke aras 10. 

Husband dan posing berpisah tiada. Eekekekke.

Alahai papa mama ni suka tau suweet-suweet depan kitorang. Semoga ain dan husband dapat mencontohi papa dan mama.  Kekal romantik walaupun dah berumur.

Ya Allah ketaq lutut dibuatnya. Berani ke berdiri atas cermin kaca yang ketinggiannya 10 tingkat. Nampak sayup je orang yang lalu lalang kat bawah tu. 
*Nasihat kepada perempuan yang memakai skirt atau kain jangan lah berdiri atas cermin kaca ni k. Sedap orang bawah cuci mata nanti. Huhuhu

Orang paling kepohci di abad ini. Bekejaran seperti biasalah.

View dari atas ni memang cantik sangat. Lagi-lagi masa kitorang pergi ni baru lepas huja…

> DD Excited Dapat Naik Kuda.

Image
Assalamualaikum and Hi Guys.
Hi korang, apa khabar semua? alhamdulillah kita sekarang dah di bulan Nov. Dah tak lama nak masuk tahun 2015. Perghh tahun mencabar buat ain tu. Banyak program-program besar yang nak kena handle. Kena prepare mental siap-siap! Huhuhu.
Haaa... ni nak cerita dua minggu lepas, my colleague jemput datang birthday party anak dia kat Taman Ekuestrian Presint 5, Putrajaya.Masa tu lah baru tau yang boleh tunggang kuda hanya dengan bayaran RM 5 sekali pusing. Kesiaannnn, padahal taman ekuestrian dengan rumah ain dekat je kot. Dahlia pulak memang suka sangat dengan Kuda. Bukan Kuda je, semua binatang lah. Burung, ikan, ayam semua dia excited kalo nampak! Huhuhuh..

Tengok lah tu, dia paling cenonet. Helmet pon tak muat sbb saiz kepala DD kecik.

Last-last pinjam topi koboi walid dia je. Sebab nak cukup kan syarat. Hahahhaa

Ni pulak ummi and walid DD yang tengah fefeeling lebih! poyo sangat tau!! Hahahha

Husband kalo bab posing, memang menyampah lah tengok! tapi sebab…