Posts

Showing posts from January, 2015

> 1600 Pandas, Publika.

Image
Assalamualaikum.
Sabtu baru ni Ain dan Husband bawak DD pegi Publika. Suka sangat DD dapat tengok Panda.  DD memang suka dengan binatang dari baby lagi. Kalau tak takde lah hari-hari suruh bukak channel Nat Geo. Naik bosan dah. Huhuhu.

> Bila Nak Tambah 1 Lagi?

Image
Assalamualaikum.

Ain cukup stress bila orang asyik tanya bila nak tambah anak seorang lagi. Dahlia kan dah besar. Pada Ain setiap orang ada prinsip hidup masing-masing. Dan prinsip itu seharusnya dihormati dan tidak dibanding-bandingkan. Mungkin pada sesetengah parents mereka suka anak yang rapat usianya, sebab ada yang kata nak bagi ada kawan lah dll. Tapi pada Ain biarlah Dahlia dah boleh berdikari supaya nanti bila DD dah ada adik Ain boleh bahagikan masa dengan baik supaya salah seorang tidak rasa terabai. Sebab Ain nak DD dapat kasih sayang yang cukup dan mendapat perhatian yang sewajarnya. So tolong lah jangan buat Ain rimas dengan soalan-soalan clise macam tu. Lagi-lagi dengan kos hidup di KL ni patut kot Ain berdiri teguh dengan prinsip Ain. Ain lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.


usia DD sekarang 2 tahun 4 bulan. In shaa Allah usia DD cukup 3 tahun, ummi bagi DD adik okey!
Kikikiki.

> Kakak Sumber Inspirasi.

Image
Assalamualaikum.
Mungkin ain tak pernah cerita pada semua macam mana ain boleh terlibat dengan sukan menembak. So harini ain akan cerita secara ringkas pada korang k. Karier ain sebagai penembak bermula pada tahun 2000, masa tu usia ain baru 14 tahun. Kakak lah punca ain terlibat dalam sukan ni. Dulu kakak juga seorang penembak negeri Pahang untuk SUKMA. So, selalu lah ain teman kakak pergi training. 
Satu haritu nak di jadikan cerita team pahang tengah cari atlet pelapis untuk negeri pahang. So, coach kakak suruh ain join pemilihan tu. Mula-mula memang berkeras cakap tak nak sebab ain takut dan ain tau ain memang tak mampu. Sebab dalam keluarga ain agak lembik dari yang lain. Tak fit macam kakak.
Tapi coach kakak tetap berkeras suruh ain cuba, sebab nak puaskan hati dia, ain cuba lah jugak. Dan seperti yang dijangka sebiji peluru pun tak masuk target. Macam mana nak masuk tangan menggigil kot pegang pistol. HAHAHA. 
Coach kakak tetap tak give up. Kali ni dia mintak ain cuba acara ri…

> Taman Saujana Hijau, Putrajaya.

Image
Assalamualaikum my dear readers...


Aktiviti kami petang semalam. Bawak Dahlia pusing taman sambil bergambar. Bergambar itu wajib bagi kakiklik seperti kami. Huhuhu. Kami jarang ke taman macam ni. Rasanya sepanjang bercinta hampir 6 tahun dulu hanya sekali je kami ke taman macam ni. Tu pun datang untuk berjogging sesama ya, bukan dating. Kami bukan mat and minah bunga dating kat taman bunga. HAHAHA.
Bukan apa dah boring asyik keluar pergi mall and lepak cofee shop. So sekali sekala kena ada aktiviti riadah seperti ni yang dapat menyihatkan badan. Lagipun dah lama kot ain tak bersenam and mengelurkan peluh. Berjalan dalam shopping mall pun di anggap bersenam tapi sayang tak berpeluh sebab air cond kan. Hmmmm..
Ain sarankan korang datang sini, memang cantik sangat permandangan kat sini. Memang hilang stress tengok pokok-pokok yang menghijau. 

> Diet Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum and hi guys.

Ain hanya nak berkongsi sedikit info dengan pembaca blog ain yang tak seberapa nih. Mungkin ada yang dah sedia maklum akan perkara ini. Tapi takpe lah ain nak post jugak. Semoga dapat manfaat bersama.

Jangan Makan SUSU + DAGING Jangan Makan DAGING + IKAN Jangan Makan IKAN + SUSU Jangan Makan IKAN + TELUR Jangan Makan IKAN + DAUN SALAD Jangan Makan BUAH + SUSU (KOKTEL)

P/s : jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan di makan usia dan kolestrol di dalam badan akan berganda. *Ohh patutlah orang chubby selalu nampak muda kannn?? sape setuju? Heheheh... 

> Nurul & Najwan Big Day.

Image
Assalamualaikum and hi my dear readers.

Alhamdulillah seorang lagi sahabat aka junior ain masa kami sama-sama masih aktif dalam bidang sukan menembak telah selamat disatukan dengan pasangannya *tapi maaflah tak sempat snap gambar pasangannya sebab ain sibuk jaga DD masa tu, Nasiblah nurul datang kat meja ain, so sempat lah snap picture sesama. 

Ain kenal nurul since tahun 2002 lagi. Banyak kenangan kami bersama. Btw, Im happy for you nurul sebab akhirnya awak bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang matang dan boleh menjaga awak dengan baik In shaa Allah.

Pelamin yang sedap mata memandang. 

Tahniah nurul, kak ain doakan awak bahagia hingga ke syurga naa. 

Ohh ini senior ain, namanya kak Nadia, (kapten pasukan hoki wanita Malaysia) sekarang beliau sedang pregnant. Alhamdulillah im happy for you kak nad. Congrats.

Dah lamanya tak jumpa awak Pidah. Last jumpa masa habis SPM dulu (2003). Ni kawan ain masa di SSBJ dulu.

Ain sangat respect dengan kak sheila, Beliau adalah salah seorang ido…