> Bila Nak Tambah 1 Lagi?


Assalamualaikum.

Ain cukup stress bila orang asyik tanya bila nak tambah anak seorang lagi. Dahlia kan dah besar. Pada Ain setiap orang ada prinsip hidup masing-masing. Dan prinsip itu seharusnya dihormati dan tidak dibanding-bandingkan. Mungkin pada sesetengah parents mereka suka anak yang rapat usianya, sebab ada yang kata nak bagi ada kawan lah dll. Tapi pada Ain biarlah Dahlia dah boleh berdikari supaya nanti bila DD dah ada adik Ain boleh bahagikan masa dengan baik supaya salah seorang tidak rasa terabai. Sebab Ain nak DD dapat kasih sayang yang cukup dan mendapat perhatian yang sewajarnya. So tolong lah jangan buat Ain rimas dengan soalan-soalan clise macam tu. Lagi-lagi dengan kos hidup di KL ni patut kot Ain berdiri teguh dengan prinsip Ain. Ain lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti.



usia DD sekarang 2 tahun 4 bulan.
In shaa Allah usia DD cukup 3 tahun, ummi bagi DD adik okey!

Kikikiki.


Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.