Posts

Showing posts from August, 2015

> Penang - Day 1.

Image
31hb Julai 2015 haritu, husband ada urusan di Penang. Jadi dia ajak lah Ain ikot sekali. Bila husband dah ajak laju je angguk sambil berhoreyy bagai. Macam lah husband ajak pegi London. Bhahhaha. Kebetulan mama papa tak buat apa kat Kuantan, So Ain ajak dorang sekali. Kesian mama papa jarang dapat berjalan sebab risau sangat tinggal Adik bongsu Ain tu. Tapi semenjak mama volunteer nak jaga DD dulu, start tu adik Ain dah biasa di tinggal-tinggalkan. So senang. Adik Ain bukan kecik lagi dah 24 tahun, lelaki plak tu. So manja terlebih.  Tak pandai masak sendiri. Nasib lah ada kakak and my SIL kat sana so boleh lah dorang masakan untuk adik yang mengada tu (mampos kalo dia baca ni). Bhahhaa.

Typical picture kalo ke Penang.

Haa kami menginap disini untuk 2 hari 1 malam. Nasib lah ada kosong sebab husband last minit booked. Kalau nak datang Penang on Weekend memang kena booked hotel awal-awal. Kalo tak senasib dengan kami lah. Ini aje yang tinggal. Tempat penginapan kami ni berkonsepkan ap…

Kula Cakes by Lila Wadi.

Image
Assalamualaikum and Hi guys.
No worries  harini ain tak cite pasal raya dah.  Ain tak nak korang pitam baca kisah raya ain lagi  walaupun sebenarnya banyak lagi kisah raya yang nak di share. Bhahaha.  Cuti raya tahun ni nak dekat seminggu ain di Kuantan.  Apa lagi jalan sungguh-sungguh.

Ain cukup bangga dengan owner Kula Cakes. Dia mencipta fenomena di Kuantan dengan kedai cakes yang sangat unik dan rare. Syukur semakin ramai peniaga melayu sudah kehadapan dan berjaya dalam bidang perniagaan. Semoga makin ramai netizen yang buka mata untuk mengubah nasib dengan berniaga. . . Alhamdulillah husband pun dah mula berjinak-jinak dengan perniagaan.  Alhamdulillah pulangan pada peringkat awal ni agak memuaskan dan alhamdulillah jika tiada apa-apa halangan bulan September 2015 nanti 2nd babershop akan dibuka di UKM. Dah bukak nanti Ain gtau naa. Mana tau ada netizen yang berdekatan dengan UKM boleh singgah merapikan rambut. Hee


> Cerita Raya ke - 4.

Image
Assalamualaikum and hi guys.
Muntah lah korang baca kisah raya Ain yang tak berkesudahan. HAHAHAHAHA. Tapi kali ni quite special sebab kesayangan Ain datang beraya di rumah parents Ain di Kuantan. Sekali sekala dapat berkumpul memang seronok. 

Hahaha kalau anda perasan seketul makhluk yang terselit di situ.

Abang's family, mama & papa.

Kakak's family, mama & papa.

Kononnya buat makan-makan just untuk kesayangan Ain nak datang beraya.  Dah alang-alang tu masak banyak terus boleh jemput jiran-jiran datang beraya sekali.

Menu kami pada malam tu, ketupat pulut, rendang daging kerbau, nasi impit,  kuah kacang, kuah lodeh, kuih muih dan orange juice.

Ni jiran depan rumah kami. Abang-abang ni kelakar. Kuat melatah. Pantang terkejut habis semua bahasa keluar. Bhahhahah.

Syukur sangat my darlings suka rendang daging kerbau yang papa masak.

Love you guys.

> Raya Ke-3 Di Kuantan.

Image
Assalamualaikum and hi!
Jom throwback kisah raya Ain yang still tak habis-habis. Hehehe. Kalau Ain balik Kuantan memang wajib bersantai bersama keluarga di Teluk Cempedak sebab Ain suka dengan suasananya yang Happening. Time raya jelah dapat nak lepak lelama sikit dengan keluarga.

My niece and Nephew berjaya pujuk me belanja dorang main benda alah ni. RM 10 / 8 minit. Walaupun masa yang diberikan agak singkat tapi jelas terpancar kegembiraan di mata mereka. 

Thank you husband for everything.  Dia memang tak pernah cakap tak kalo Ain nak kemana-mana,  sebab tu sayang dia dan syukur sangat dapat husband yang sudi melayan karenah isteri yang kadang-kadang mengalahkan budak-budak! hikss.

Yang pakai baju belang kat belakang tu my future sis in law.  Cantik kan dia?  Ain suka dia, dia tak banyak mulut and tak gedik seperti sesetengah perempuan yang  cuba nak rapat dengan my lil bro. Pandai my lil bro pilih.  InshaAllah bulan September nanti mereka akan di satukan sebagai suami isteri.

Ten…

> Raya Kedua Di Teluk Intan.

Image
Assalamualaikum and hi guys.
Nak sambung cerita raya haritu. Raya kedua masih di Teluk Intan. Pagi raya kedua me and husband dah keluar pergi cari roti canai. Nasib ada kedai yang bukak. Sambil-sambil tu singgah kat Menara Condong.

Haaa acah-acah tengok langit. Biasalah pose ni je yang ain reti. Sebijik tugu kan? Ain memang failed bab posing. Keras macam batu. Bhahha.

Alhamdulillah tahun ke 4 beraya dengan husband dan tahun ke 3 beraya dengan DD. Semoga diberi kesempatan untuk tahun-tahun seterusnya.

Sebelum gerak balik Kuantan sempat singgah rumah husband's friend dekat Sungkai. Rare gila kawasan rumah Ipin (husband's friend). Suka sangat suasana kampung. 

Sesampai je kat Kuantan, mama papa tengah rebus ketupat pulut sebab tau kami nak balik. Nyums my favourite. Macam mana lah tak sayang mama papa sangat. Always gave the best to their children.