> Penang - Day 1.



31hb Julai 2015 haritu, husband ada urusan di Penang.
Jadi dia ajak lah Ain ikot sekali. Bila husband dah ajak laju je angguk sambil berhoreyy bagai.
Macam lah husband ajak pegi London. Bhahhaha.
Kebetulan mama papa tak buat apa kat Kuantan, So Ain ajak dorang sekali.
Kesian mama papa jarang dapat berjalan sebab risau sangat tinggal Adik bongsu Ain tu.
Tapi semenjak mama volunteer nak jaga DD dulu, start tu adik Ain dah biasa di tinggal-tinggalkan.
So senang. Adik Ain bukan kecik lagi dah 24 tahun, lelaki plak tu. So manja terlebih. 
Tak pandai masak sendiri. Nasib lah ada kakak and my SIL kat sana so boleh lah dorang masakan untuk adik yang mengada tu (mampos kalo dia baca ni). Bhahhaa.


Typical picture kalo ke Penang.


Haa kami menginap disini untuk 2 hari 1 malam.
Nasib lah ada kosong sebab husband last minit booked.
Kalau nak datang Penang on Weekend memang kena booked hotel awal-awal.
Kalo tak senasib dengan kami lah. Ini aje yang tinggal.
Tempat penginapan kami ni berkonsepkan apartment.
Ada 2 bilik. Harga pun ok hanya RM280++ per night.


Ni view dari corridor apartment kami. 
Ok lah mengadap pool dan nampak pantai sikit-sikit.
Huhuhu. 


Pool dia cute gila bentuk love.


Tenang je bila sekali sekala dapat berehat dan bersantai mengadap view yang cantik macam ni.
Lepas check in husband nak pergi setelkan urusannya dulu.
Dah setel kerja dia baru lah kami pergi mencari makanan. Lapoo!
Kawan husband cadangkan kami makan di Hammer Bay.


Lupa nak bagitahu, kebetulan nenek ada kat rumah parents Ain.
So Ain ajak nenek ikot sekali. Huhuhu.
Alhamdulillah walaupun nenek dah berumur 85+ tahun tapi beliau masih sihat dan kuat berjalan.


Walid acah-acah tengok view.


Ain seronok sangat dapat happy kan mama.
Mama memang suka berjalan.
So kemana Ain pergi walaupun ada kursus luar, Ain akan bawak mama sekali.

 

Memang recommended sangat makan kat sini kalau datang Penang.
Sea foods dia fresh. 


Alhamdulilah memang puas hati sangat makan kat sini.


To be continue..


Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.