Posts

Showing posts from March, 2015

> Majlis Merisik Anak Dara Orang.

Image
Assalamualaikum and hi dear readers.

Sabtu lepas, Ain balik Kuantan bagi menghadiri Majlis Merisik bagi pihak My Lil Bro. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Budak-budak ni boleh pulak buat kecoh kat rumah orang. Terpaksa lah keluar jaga dorang ni. Tak dapat lah dengar apa yang dibincangkan.

Macam mana mama sampai lupa nak sarung cincin risik kat jari mana nih. HAHAHA nervous lebey pulak mama!

Husband Ain kat belakang tu pulak yang lebih-lebih sengih. Jangan nak perasan lah ya, bukan merisik anak dara orang untuk awak ya en. husband! Amboihhhh lebor senyum!!

Taraaaa.. perkenalkan my future SIL, inshaAllah.

Husband Ain memang peramah, so dia lah yang paling banyak cakap sepanjang majlis berlangsung.  Patut lah anak menurun kepohchi..!!

Dapat pulak mak my future SIL buat kuih favourite Ain.  Haihhh makan sambil menangis, sebab sedap + nikmatnya. Makan sorang-sorang plak tu.  Dengan tak malu nya pegang mangkuk tu tanpa hulur pada yang lain.  Hehehe, hudoh perangai.

> Newborn Nephew.

Image
Assalamualaikum and hi guys.
Lupa plak nak cerita kat korang yang 3 minggu lepas Ain dapat anak buah baru. Muhammad Azad Haiqal, nama di beri.
Alhamdulillah SIL and Azad sihat. Tahniah buat abang dan kak long yang menerima cahaya mata ke-3. Semoga di murahkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah naa...
Tak sabarnya nak balik jumpa Azad. Dapat tengok gambar je yang dikirimkan oleh kak long (SIL).

Semoga Azad menjadi anak soleh untuk abah dan ibu naaa. Cik Ain tak sabar sangat nak jumpa Azad.. XOXOXO.

> Multi Goats Milk Menjanjikan Khasiat Yang Terbaik.

Image
Assalamualaikum and hi guys!

Tanpa mukadimah yang panjang berjela, Ain nak terus je dengan memperkenalkan satu produk susu yang inshaAllah akan memberi kebaikan dan manfaat kepada kita semua.
Produk ini diusahakan oleh pasangan suami isteri yang berbangsa Melayu dan bergama islam. Sesungguhnya Ain cukup rasa bersyukur  kerana di beri kepercayaan untuk berkongsi dengan pembaca blog Ain yang tah berapa orang je, (sob sob sob) tentang produk susu ini.
Ain bersetuju untuk terima review ni kerana Ain bangga sangat dengan sikap pengusaha produk yang bukan hanya berniaga untuk mendapatkan keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada memberi manfaat kepada orang ramai dan niat pengusaha untuk menderma RM 1 bagi setiap kotak hasil jualan produk mereka. Allahuakhbar! bukan mudah nak jumpa peniaga macam ni. Salute...!

Ini lah pengusaha produk susu yang Ain maksudkan tadi. Handsome dan cantik orangnya. Secocok sangat. Anaknya pun comel. :)

Packaging yang cukup menarik perhatian kan?

Meh Ain story …

> Kisah Di Toys Rus.

Image
Assalamualaikum guys.

Dari jumaat - Ahad (semalam) husband sibuk sangat uruskan bisnes kecil kami (PA Sistem). Jadi sebagai menggantikan masa yang di habiskan dengan bekerja, malam tadi husband bawak me and anak ke Alamanda. Husband belanja me makan Sushi (my favorites).
Lepas makan husband bawak me and anak ke Toy Rus pulak.  Husband memang suka sangat belikan DD toy. Pada Ain membazir je sebab DD main sekejap je.  Kan bagus kalo duit tu guna untuk beli baju atau buku. Hmmmm.. Tau-tau jelah harga toy dekat Toys Rus tu. Huh!
Tapi sebab husband kata dia nak anak happy so Ain tak boleh nak cakap apa lah. Lagipun dia yang bayar, walaupun hati ni memberontak tak bersetuju. Huhuhu


Tengok lah tu bukan main tau dia memilih. Padan dengan muka walid. HAHAHA.

Satu kedai dia pusing. Kepohchi sangat gayanya.

Berkenan sangat dia dengan glasses ni sampai ke rumah pakai walaupun hari dah malam.  Pastu tanya ummi kenapa gelapp.. Adoi lah anak! kikiki.

Sampai terduduk lah walid melayan DD pilih toy.

> Unplanned.

Image
Assalamualaikum and hi guys.
Alhamdulillah pecaturan Allah sesungguhnya adalah yang terbaik. Percaya tak dari kecik, Ain tak pernah bayangkan yang Ain akan duduk berjauhan dengan keluarga. Tak pernah sangka Ain akan bergelar seorang atlet, mahasiswa dan akan bekerja dalam bidang penerangan. 
Kenapa tak pernah berangan atau sangka? sebabnya perwatakan Ain tersangat lah bertentangan dengan perkara-perkara di atas. Ain merupakan anak bongsu perempuan dan agak manja dan bergantung sepenuhnya kepada keluarga. Seorang yang lembik dan tak suka bersukan dan juga seorang yang amat pemalu tahap cipan dan kurang keyakinan untuk bercakap depan orang ramai. 
Tapi dengan kuasa Allah siapa sangka di usia 14 tahun, Ain begelar seorang atlet negeri Pahang. Semenjak bergelar atlet, Minda Ain lebih terbuka dan sifat malu semakin berkurangan sebab di latih untuk bersikap lebih terbuka tetapi dengan batasan yang sepatutnya. 
Di usia 16 tahun, Ain menerima tawaran untuk menjalani latihan secara intensif d…

> Sindrom M.

Assalamualaikum and hi guys.
Pernah tak korang lalui dimana ada hari-hari yang korang rasa tak nak buat pape. Nak baring and tengok tv je, walaupun korang tau masih banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan?
Tah kenapa semalam sindrom M ain datang. Seriously, lepas kerja balik rumah, mandi and terbaring depan tv. Padahal tau ada baju dalam bakul yang masih tak di cuci. Tau nak kena packing bag anak untuk ke skool esok harinya. Tapi kaki berat seperti lepas di cucuk epidural sebelum c-sec. 
Adoilaahhh!! sempat bermonolog dalam hati. Apa lah husband aku fikir ni. Pemalas ke isteri aku ni. Menyesal ke kawin dengan aku kalo aku buat perangai macam ni. Huhuhu. Tapi rasanya bukan ain sorang kan yang lalui sindrom M ni. Woiii gila, ingat apa orang perempuan ni robot? dah lah penat kerja kat office, balik rumah sambung pulak buat kerja rumah. Gila tak penat kalo dah hari-hari mengadap benda sama! Kadang-kadang nak juga berehat tanpa buat apa-apa. Hihihih.
But, syukur alhamdulillah sebab hus…

> Karenah Anak.

Image
Assalamualaikum and hi guys.


Bila petang-petang macam ni mula lah rasa sayu and rasa rindu sangat kat anak. Padahal taska anak kat bawah office Ain jer pun. Duk lah belek-belek gambar anak masa kecik.  Alahaiii comelnya masa ni and takde lah lasak sangat macam sekarang. Kalo tengok muka macam ayu-ayu je anak dara Ain sorang ni. Tapi hakikatnya, macam apa tah dia punya garang. Pagi-pagi nak kejut dia bangun tido sikit punya payah. Siap kena jerit depan muka kalo kaco dia tido. Selalu lah punch card walid dia merah. Nasib lah office ummi dengan rumah sekangkang kera je. Walaupun lambat macam mana pun, inshaAllah still boleh sampai sebelum 8.30 pagi. Melainkan kalo DD berak atau muntah sebelum keluar rumah. Itu jam confirm lambat punya.  Sebab Ain ada satu peel lambat macam mana pun,  Ain akan pastikan DD mandi dan bersih dari najis (berak),  sebab tak sampai hati kot nak hantar anak dalam keadaan masam baru bangun tido  atau dalam keadaan busuk (berak) pada teacher.
DD ni kalau dengan …

> Hometown.

Image
Assalamualaikum and hi guys.
Lama rasanya tak update blog. Sibuk sikit uruskan perkara-perkara yang lebih penting. Cuti Chinese New Year haritu Ain balik Kuantan. Wajib balik kalo ada cuti panjang. 
Alhamdulillah syukur sangat dapat husband yang jenis tak kesah nak drive jejauh,  demi melihat anak dan isteri gembira. Thank you so much *husband.
Aktiviti kami kalo balik Kuantan macam biasa lah, pegi jalan-jalan tepi pantai.


Pagi-pagi dah paksa anak dan husband bangun, ajak dorang pergi Pantai Teluk Cempedak. tu yang muka masing-masing sembab/bengkak. HAHAHHA

Cantik kan bunga mama Ain tanam ni? Mama tanam apa pun mesti hidup.  Tangan sejuk orang kata.

1st time DD main air Pantai. Mula-mula takut, lama-lama seronok sampai tak nak balik.

Ain kurang suka dengan Pantai sebenarnya.  Sebab takut hitam, lagi-lagi kulit jenis sensitif and mudah terbakar/rentung.  Tapi kerana anak. Layan kan aje lah.

My nephew and niece. Suka sangat dapat main air. 

Koleksi mama. Hahahha Kat rumah mama ada mesi…