> Unplanned.
Assalamualaikum and hi guys.
Alhamdulillah pecaturan Allah sesungguhnya adalah yang terbaik. Percaya tak dari kecik, Ain tak pernah bayangkan yang Ain akan duduk berjauhan dengan keluarga. Tak pernah sangka Ain akan bergelar seorang atlet, mahasiswa dan akan bekerja dalam bidang penerangan.
Kenapa tak pernah berangan atau sangka? sebabnya perwatakan Ain tersangat lah bertentangan dengan perkara-perkara di atas. Ain merupakan anak bongsu perempuan dan agak manja dan bergantung sepenuhnya kepada keluarga. Seorang yang lembik dan tak suka bersukan dan juga seorang yang amat pemalu tahap cipan dan kurang keyakinan untuk bercakap depan orang ramai.
Tapi dengan kuasa Allah siapa sangka di usia 14 tahun, Ain begelar seorang atlet negeri Pahang. Semenjak bergelar atlet, Minda Ain lebih terbuka dan sifat malu semakin berkurangan sebab di latih untuk bersikap lebih terbuka tetapi dengan batasan yang sepatutnya.
Di usia 16 tahun, Ain menerima tawaran untuk menjalani latihan secara intensif dan bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada peringkat awal Ain memang nak tolak tawaran tu, bila memikirkan akan berjauhan dengan keluarga. Ain takut untuk berhadapan dengan apa-apa kemungkinan bila berjauhan nanti. Tapi bila di brain washed oleh kakak, Ain terima jugak lah tawaran tu dengan berat hati. Tapi bila dah sampai sana, Ain cuba sesuaikan diri, alhamdulillah Ain seronok, lagi-lagi ada Nas dan Amy (BFF yang sama-sama dapat tawaran) yang banyak bantu Ain biasakan diri tanpa keluarga disisi. Doranglah papa, mama, kakak dan adik sepanjang di SSBJ.
Ya Ain tak pernah buat apa-apa seorang diri sebelum berpindah ke KL. Sebab semasa di Kuantan Ain memang akan berkepit kemana saja dengan kakak, tapi setelah berpindah ke KL BFF Ain lah yang menggantikan tempat kakak termasuk jadi body guard masa dating dengan My husband dulu (zaman sekolah). Hahahah. Thanks sangat korang. Love you both mucho-muchoo.

Kemana saja kami akan bersama.
Nas yang kanan sekali tu, amy yang pakai baju warna merah tu.
Dinner reramai. Zaman bercinta dengan husband dulu.
Ni pulak masa Ain terima jemputan sebagai tetamu (atlet) untuk rancangan I@Sukan oleh RTM.
BFF sentiasa ada disisi. Sebab tu sayang sangat kat dorang. Tak terbalas jasa dorang.
Dan di usia 20 tahun setelah tamat Pra-U di SSBJ selama 2 tahun, Ain menerima tawaran untuk sambung pengajian dalam bidang komunikasi di UPM - tahun 2007-2011 (sepatutnya 3 tahun je tapi sebab ada tangguh sem jadi lah 4 tahun).
Habis je belajar pada tahun 2011, Ain terus kawin dan alhamdulillah selepas 6 bulan Ain disahkan mengandung. Masa usia kandungan 7 bulan, Ain dapat surat panggilan interview untuk jawatan Pegawai Penerangan di SPA dan alhamdulillah pada minggu ke 3 berpantang Ain diminta hadir untuk lapor diri di Jabatan Penerangan. Syukur sangat sebab satu persatu rezeki yang Allah beri. Bila diri terasa lalai, cepat-cepat bangkit untuk perbaiki diri. Terasa malu kalau masih tidak mensyukuri nikmat yang diberi.
Moral of the story, kita merancang, Allah juga merancang. Apa yang kita nak tidak semestinya kita dapat. Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita kehendakan. Jadi jangan lah berhenti berdoa dan berharap pada Allah S.W.T. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan persoalkan rezeki orang lain. Kerana setiap manusia ada rezeki masing-masing.

Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Allah kurniakan.
Comments
Post a Comment