> Sindrom M.


Assalamualaikum and hi guys.

Pernah tak korang lalui dimana ada hari-hari yang korang rasa tak nak buat pape. Nak baring and tengok tv je, walaupun korang tau masih banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan?

Tah kenapa semalam sindrom M ain datang. Seriously, lepas kerja balik rumah, mandi and terbaring depan tv. Padahal tau ada baju dalam bakul yang masih tak di cuci. Tau nak kena packing bag anak untuk ke skool esok harinya. Tapi kaki berat seperti lepas di cucuk epidural sebelum c-sec. 

Adoilaahhh!! sempat bermonolog dalam hati. Apa lah husband aku fikir ni. Pemalas ke isteri aku ni. Menyesal ke kawin dengan aku kalo aku buat perangai macam ni. Huhuhu. Tapi rasanya bukan ain sorang kan yang lalui sindrom M ni. Woiii gila, ingat apa orang perempuan ni robot? dah lah penat kerja kat office, balik rumah sambung pulak buat kerja rumah. Gila tak penat kalo dah hari-hari mengadap benda sama! Kadang-kadang nak juga berehat tanpa buat apa-apa. Hihihih.

But, syukur alhamdulillah sebab husband sangat memahami saat-saat ain di serang dengan sindrom M ni. Husband bagi can. Cuma kena pastikan solat on time. Kalo tak membebel kalah mama ain. Hahahaha. So, kat sini ain nak cakap hubungan suami isteri ni akan jadi lancar dan mudah kalo kita saling bertolak ansur dan memahami karenah masing-masing. 

Tapi kes berat kalo sindrom M ni ada hari-hari. Jangan tanya kalo husband cari lain. Haaaa. So wanita di luar sana, secantik mana pun wajah anda, kalo sindrom M tahap platypus memang takde husband yang boleh tahan. So cuba seimbang ok, kekal menjaga kecantikan dan rajin mengurus rumah tangga. Confirm husband bertambah sayang.

Tips : Dari mama tersayang. :)

Popular posts from this blog

> Netizen Barber, Putrajaya.

> Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga.