> Kisah Di Toys Rus.


Assalamualaikum guys.


Dari jumaat - Ahad (semalam) husband sibuk sangat uruskan bisnes kecil kami (PA Sistem).
Jadi sebagai menggantikan masa yang di habiskan dengan bekerja, malam tadi husband bawak me and anak ke Alamanda. Husband belanja me makan Sushi (my favorites).

Lepas makan husband bawak me and anak ke Toy Rus pulak. 
Husband memang suka sangat belikan DD toy. Pada Ain membazir je sebab DD main sekejap je. 
Kan bagus kalo duit tu guna untuk beli baju atau buku. Hmmmm..
Tau-tau jelah harga toy dekat Toys Rus tu. Huh!

Tapi sebab husband kata dia nak anak happy so Ain tak boleh nak cakap apa lah.
Lagipun dia yang bayar, walaupun hati ni memberontak tak bersetuju. Huhuhu



Tengok lah tu bukan main tau dia memilih. Padan dengan muka walid. HAHAHA.


Satu kedai dia pusing. Kepohchi sangat gayanya.


Berkenan sangat dia dengan glasses ni sampai ke rumah pakai walaupun hari dah malam. 
Pastu tanya ummi kenapa gelapp.. Adoi lah anak! kikiki.


Sampai terduduk lah walid melayan DD pilih toy.


Tadi teacher hantar gambar ni. Kat skool pun nak pakai glasses ni. 
DIVA sangat perangai tu. Bhahhaha.


Thank you teacher for the pictures. Pagi-pagi ummi dah tergelak sorang-sorang.
Tengah dalam lif yang penuh dengan orang pulak tu.
Dorang mesti ingat ummi tengah baca msg cintan-cintun. 
Memang tak lah. HAHAHAHA

Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.