> Karenah Anak.


Assalamualaikum and hi guys.



Bila petang-petang macam ni mula lah rasa sayu and rasa rindu sangat kat anak.
Padahal taska anak kat bawah office Ain jer pun.
Duk lah belek-belek gambar anak masa kecik. 
Alahaiii comelnya masa ni and takde lah lasak sangat macam sekarang.
Kalo tengok muka macam ayu-ayu je anak dara Ain sorang ni.
Tapi hakikatnya, macam apa tah dia punya garang.
Pagi-pagi nak kejut dia bangun tido sikit punya payah.
Siap kena jerit depan muka kalo kaco dia tido.
Selalu lah punch card walid dia merah.
Nasib lah office ummi dengan rumah sekangkang kera je.
Walaupun lambat macam mana pun, inshaAllah still boleh sampai sebelum 8.30 pagi.
Melainkan kalo DD berak atau muntah sebelum keluar rumah.
Itu jam confirm lambat punya. 
Sebab Ain ada satu peel lambat macam mana pun, 
Ain akan pastikan DD mandi dan bersih dari najis (berak), 
sebab tak sampai hati kot nak hantar anak dalam keadaan masam baru bangun tido 
atau dalam keadaan busuk (berak) pada teacher.

DD ni kalau dengan teacher bukan main baik dan mendengar kata.
tapi bila dengan ummi dan walid bukan main dia tunjuk perangai.
Manja sangat. Budak seusia DD takde dah ain tengok berdukung.
Tapi DD sampai skarang asyik nak berdukung je. Fuhhh dugaannn...
Satu lagi peel dia yang Ain tak tahan.
Kalau dia tak dapat sesuatu yang dia nak, dia akan menjerit sekuat hati.
Jadi setiap pagi sebelum hantar dia ke skool, wajib belikan Kinder Joy.
Baru lah mood dia akan ok. Kalau tak mengamuk sakan lah jawabnya. 
Macam tu juga bila ambik dia dari skool.
Mesti kena bawak dia beli Kinder Joy.
Boleh kopak ummi dengan walid kalau dah hari-hari macam tu.
Kalau setakat Kinder Joy ok lagi, dia boleh mintak lagi menda-menda lain.
Belanja dia saje sebelum masuk skool kadang-kadang boleh cecah RM 5 - RM 10.
kalau dah pagi petang macam tu faham-faham sendiri jelah dah berapa kos yang dikeluarkan.
Tapi bila dah tengok anak menangis meraung tak sampai hati pulak.
Nak tak nak redha jelah. Huhuhu.

Ni baru seorang anak. Kalau ramai?
Mau pengsan.
HAHAHHAAHAH.

Moral of the story, sabar jelah dengan karenah anak yang sedang nak membesar.
Nanti bila dia dah boleh berfikir, ok lah tu nanti.

Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.