> Kakak Sumber Inspirasi.


Assalamualaikum.

Mungkin ain tak pernah cerita pada semua macam mana ain boleh terlibat dengan sukan menembak. So harini ain akan cerita secara ringkas pada korang k. Karier ain sebagai penembak bermula pada tahun 2000, masa tu usia ain baru 14 tahun. Kakak lah punca ain terlibat dalam sukan ni. Dulu kakak juga seorang penembak negeri Pahang untuk SUKMA. So, selalu lah ain teman kakak pergi training. 

Satu haritu nak di jadikan cerita team pahang tengah cari atlet pelapis untuk negeri pahang. So, coach kakak suruh ain join pemilihan tu. Mula-mula memang berkeras cakap tak nak sebab ain takut dan ain tau ain memang tak mampu. Sebab dalam keluarga ain agak lembik dari yang lain. Tak fit macam kakak.

Tapi coach kakak tetap berkeras suruh ain cuba, sebab nak puaskan hati dia, ain cuba lah jugak. Dan seperti yang dijangka sebiji peluru pun tak masuk target. Macam mana nak masuk tangan menggigil kot pegang pistol. HAHAHA. 

Coach kakak tetap tak give up. Kali ni dia mintak ain cuba acara rifle (senapang). Sebabnya dia kata jari ain panjang dan sesuai untuk acara ni. Dan kali ni percubaan ain membuahkan hasil. Shot ain mengena. Tapi takde lah center. Semenjak dari tu ain terpilih dan menjalani latihan sama-sama dengan kakak. Kakak acara pistol ain pulak acara rifle.

So kalo pergi game peringkat kebangsaan kakak lah orang yang selalu bagi semangat pada ain. Dan alhamdulillah selepas 2 tahun training dengan pahang ain dapat called up ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. pada Masa tu tak tau nak kata Ain happy ke tak sebab semua atlet SUKMA memang berharap sangat dapat diserapkan ke SSBJ.

Ain pulak tak pernah berpisah dengan keluarga dan agak manja dengan keluarga. Senang kata tak pandai berdikari. Apa-apa mesti kakak yang tolong. Papa mama pun tak setuju ain pergi sebab risaukan ain tak boleh berdikari. Tapi nasib ain agak baik sebab best friend ain (Nas and Amy) turut terpilih. So, mama papa agak lega bila dengar ain ada kawan kat sana nanti yang boleh tengok-tengok kan ain. Amy ngan Nas agak rock kapak sikit, tak macam ain lemah lembut dan pemalu. HAHAHA macam geli jer dengar kan? tapi itu lah kenyataan. 

Tapi semenjak ain duduk sebilik dengan amy dan nas, dorang banyak ubah ain. Ajar ain cakap kuat-kuat siap suruh menjerit (takleh lupa) supaya suara pecah dan garau, suruh cakap aku kau dengan orang, sebab sebelum tu ain akan bahasa kan diri ain dan orang (awak). HAHHAHA amy dengan nas kata jangan nak sopan sangat boleh? HAHAHHA. Sebab kalau korang tengok ain yang dulu, memang ketara perbezaanya dengan ain sekarang yang lebih keras dan kental.

Kalo nak cerita dari A-Z memang panjang lah kan. So ain taknak nanti korang tetido, jadi ain ringkaskan je la ya. Ain bukan lah penembak yang berbakat, mengambil masa agak lama dari penembak lain. Ain hampir kena buang sebab tak perform. Menangis jugak lah bila dapat tau pasal ain akan dikeluarkan kerana tak perform. Pada masa tu ain dah mula suka dan cintakan sukan ni. Kakak lah orang yang tak pernah jemu bagi semangat pada ain, suruh ain berusaha lebih keras dan yakin pada kebolehan diri dan semenjak tu ain cuba bersungguh-sungguh  sehingga lah ain berjaya diserap ke SSBJ.

Nasib kakak kurang baik sebab tak dapat ke peringkat national. Ain takan berjaya tanpa kakak. Ain pernah melalui hari-hari yang sukar sepanjang bergelar atlet. Dihina sebab tak perform. Digelar lembab dan lembik. Semenjak dari tu ain semangat nak buktikan yang ain mampu berjaya walaupun terpaksa bekerja lebih keras berbanding penembak lain. Dan alhamdulillah usaha ain tak sia-sia. Dan orang yang ain takan lupa sampai bila-bila adalah kakak. Orang yang sama-sama menangis bila ain dimarah dan dihina dan yang tak pernah pandang rendah pada ain walaupun ain tidak sehebat penembak lain pada masa tu.

Orang yang pernah dilabel sebagai lembab lembik ni berjaya bertahan selama 10 tahun dalam national team (stop pun sebab Dahlia), rangkul pingat emas di Sukan SEA pada tahun 2007, pingat gangsa di Asian Shooting Championship, Kuwait dan melayakkan diri ke World Cup German pada tahun 2009 dan menerima anugerah Olahragawati Pahang pada tahun 2005/2006.

So ain nak cakap kat sini, kejayaan takan datang bergolek tanpa usaha. Percaya pada diri, jangan pernah menyerah kalah walaupun gagal banyak kali. Fikiran kena sentiasa positif, anggap saja kata-kata nista orang itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.



Harini kakak hantar gambar ni pada ain. Rasa nak nangis. Keratan akhbar ni coach pahang tampal di papan kenyataan range (lapang sasar) di Kuantan (tempat ain training dulu) untuk memberi/membakar semangat shooter-shooter baru di sana. 

Sejarah masih terpahat disini (caption kakak)


THANK YOU KAKAK. I LOVE YOU.

T_T

Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.