Assalamualaikum darling. Throwback zaman sekolah ain jom! Tingkatan 4 Tingkatan 5 Alhamdulillah beberapa orang rakan ain telah berjaya menempa nama dalam bidang sukan masing-masing. T ahniah ain ucapkan kepada Farizal Marlias (Bola Sepak), Mat Yo (Bola Sepak), Amirul Hadi (Bola Sepak), Nurul Azwan Roya (Bola Sepak), Siti Nur Masitah (Menembak) dan Kemarul (Golf) kerana masih aktif dan berjaya dalam bidang sukan masing-masing. Melihat kejayaan kawan-kawan dah cukup membuktikan bahawa SSBJ telah melahirkan ramai atlet ternama di Malaysia. Ain bangga menjadi salah seorang pelajar SSBJ. Walaupun ain dah tak aktif dalam bidang sukan selepas melahirkan DD. Namun jiwa ain terhadap bidang ini tak pernah padam. Berniat untuk kembali aktif menembak tapi bila mengenangkan DD, mampu kah ain berjauhan dengan DD? Siapa pula yang akan jaga DD kalo ain away? Kekangan ini lah yang menyebabkan ain tidak bersedia untuk kembali aktif. Walaupun jiwa meronta-ron
Assalamualaikum and hi dear readers. Petang semalam badan Ain tiba-tiba rasa lain macam. Bisa-bisa dan menggigil. Sampai je rumah Ain terus terbaring dan berselimut. Ain sendiri tak tau sebab apa Ain jadi macam tu. Sebab sebelum ni Ain memang jarang kena demam dan sakit-sakit. Tapi semenjak melahirkan Dahlia Ain akui badan Ain tak sekuat dulu. Tak tau lah sebab faktor umur atau sebab Ain dah lama tak work out. So, petang semalam Ain memang tak larat nak buat kerja rumah, alhamdulillah nasib lah suami Ain tolong ringankan beban Ain. Dialah yang buat semua kerja rumah. Dari mandikan anak, bagi makan anak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan layan karenah Dahlia yang tengah melasak tu. Tak terbalas jasa beliau kerana sudi buat kerja tu semua masa Ain tengah tak sihat. Thank you sangat-sangat B.
Comments
Post a Comment