> Kenapa Pakai Braces?



Assalamualaikum.

Selamat pagi jumaat semua.

Arini ain nak  menjawab soalan yang sering ditanya sepanjang 2 hari ain berbraces.

Ok, disini ain faham kenapa ramai yang tanya kenapa ain pakai braces walaupun gigi ain tak ada lah seteruk mana (Alhamdulillah).

Ok jom ain story sikit kenapa ain pakai braces ok? 

Sebab-sebab kenapa ain decide nak pakai braces adalah seperti berikut:-

  1. Ain salah sorang makluk Allah yang suka senyum sampai ke telinga, so that mean senyum nampak gigi. Jadi, Ain ada 1 gigi taring yang agak terkeluar dari landasan yang sepatutnya. So ain kurang suka dan selesa dengan gigi tu. Dah lama pendam tapi tak nak bagitau orang sebab takut kena label tak bersyukur. Hihihihi.
  2. Ain memang obses pada gigi manusia. Ain suka gigi yang teratur dan putih, so ain sekarang dalam proses memperbaiki gigi seperti gigi yang ain impikan :)
  3. Sekarang ain dah mampu, dulu tak buat sebab tak mampu dan tak nak menyusahkan parent. If ain nak sesuatu ain akan usaha sendiri tanpa menyusahkan orang lain walaupun dari husband sendiri. Mungkin ain dah terbiasa berdikari. Start ain masuk asrama masa umur ain 16 tahun ain dah tak minta duit dari parent. Lagi pun pada masa tu ain dah ada sumber kewangan sendiri (elaun sebagai atlet pelapis Malaysia). So dah terbawa-bawa sampai sekarang. Untung husband ain kan dapat wife yang tak meminta-minta. (Mesti muntah darah korang baca perenggan ni kan?) Hahahhaa.

Rasanya uols dah faham kan kenapa ain buat braces, sebabnya ain nak senyum dengan confidence. Jadi tak salah kan? Hmmm.

Ni gambar sebelum dan semasa ain pakai braces.



nampak tak gg taring tu? Hmmm


Dah macam dalam cerita betty ugly :)
Spect beso + braces!
heheh lantaklah.





Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.