+ Premature Daughter Part 2 +
Assalamualaikum,
Arini ain nak sambung cerita pasal dahlia..semalam ain benti kat part echo tu kan..haa..itu adalah prosedur biasa sebelum dibedah..sepanjang perjalanan kebilik echo tu ain xbenti berdoa harap2 ada miracle belaku..sebab hati ni berat nak bagi doc belah dada dahlia yang nampak tulang dan risau implikasi selepas operation seperti yang kawan2 senasib dalam wad jantung kanak2 tu cakap..
sampai je kat bilik echo doc suruh ain bukak baju dahlia, apa lagi terus menangislah dia, mana taknya, dahlia ngh syok tdo masa tu, bilik plak sejuk gila..kesian dahlia menangis kuat sangat..xtahan sejuk agaknya..hemm..
Masa sesi echo tu doc suruh ain baring kan dahlia dan jgn bagi dia bergerak..just imagine macam mana ain nak suruh dahlia yang baru berusia 3 bulan duduk diam!!Haaa..xpening kepala..so, solution yang pihak IJN bagi adalah ubat tdo (no choice)..
Masa sesi echo tu doc suruh ain baring kan dahlia dan jgn bagi dia bergerak..just imagine macam mana ain nak suruh dahlia yang baru berusia 3 bulan duduk diam!!Haaa..xpening kepala..so, solution yang pihak IJN bagi adalah ubat tdo (no choice)..
Tapi ubat tdo tu langsung xberkesan pada dahlia..lama juga ain tunggu dahlia tdo..xtdo2 jugak..doc dah panik sebab masa pembedahan dahlia tinggal bape minit je lagi..doc xada pilihan lain selain tambahkan dos ubat tdo tu dengan harapan dahlia akan tdo, tapi sama jugak xberkesan..doc suh bagi lagi untuk kali ke-3..haaa kali ni barulah dahlia lena..so senanglah sikit doc nak buat echo tu..
lama juga doc ambil masa buat echo tu..yang ain pelik baby lain sekejap je, tapi bila turn dahlia lama lah pulak..tetiba rasa nervous bila tgk pas sorang2 doc pakar masuk..doc suruh ain kua bila tengok ain gelisah..
lama juga doc ambil masa buat echo tu..yang ain pelik baby lain sekejap je, tapi bila turn dahlia lama lah pulak..tetiba rasa nervous bila tgk pas sorang2 doc pakar masuk..doc suruh ain kua bila tengok ain gelisah..
Dalam setengah jam doc kua bawak dahlia..nak tau apa doc cakap?..ohh panik gila dah masa tu sebab yelah baby lain xdelah check lama mcm tu..apa yang kua dari mulut doc "saya rasa operation anak awak ni kena cancel lah" masa tu dah pelik, kenapa pulak kena cancel (wpn dlm hati mmg lega sbb xnak dahlia kena bedah, tp dalam masa sama, risau takut sakit dahlia makin melarat)..xhabis lagi..doc pon sambung "saya nampak ada perkembangan yang baik pada tisu2 disekitar lubang jantung anak awak, kemungkinan lubang ni boleh tertutup sendiri" Ya Allah bila dengar doc cakap macam tu rasa syukur sangat dan xsemena-mena air mata mengalir..doc ckp lagi.."so lepas 3 bulan bawa anak datang check lagi untuk lihat progress sama ada tutup atau masih ada lubang, kalo ada lg lubang tu dahlia akan di operate..
nak pendek kan cerita pas 3 bulan tu ain bawak lah dahlia ke IJN untuk check up..masa tu dahlia dah 6 bulan dengan berat 4.58 kg..sekali lagi dahlia kena buat echo..jantung ni dup dap dup dup dap sebab kalo boleh ain memang nak dengar keputusan yang positif.. Sesi echo kali ni ain ngn asben boleh tengok..
Ain rasa uols dah dapat agak kan apa resultnya?? Ya seperti jangkaan anda alhamdulillah lubang pada jantung dahlia telah tutup sepenuhnya..syukur sangat di atas kebesaran Allah S.w.t.. Ain dan keluarga happy sangat sebab mana nak sangka semua ni akan berakhir dengan berita gembira ni..
Jadi pada sesiapa yang sedang diuji seperti apa yang pernah ain lalui ni, ain harap uols sabar, tabah, dan redha sbb disetiap kesusahan yang Allah beri bersama-sama itu akan diselitkan kesenangan (hanya anda yang dapat nilai)..selain tu, uols juga kena sentiasa berfikiran positif..kerana aura positif sentiasa memberi kebaikan pada kita..kata-kata nilah yang coach ain selalu cakap sebelum start competition (masa aktif menembak) dan alhamdulillah ia mmg berkesan..
Dan satu lagi ain nak igtkan pada uols dan pada diri ain sendiri..apa pon yang berlaku pada kita, kita kena sentiasa bersyukur dan redha kerana Allah S.w.t takan mengguji hambanya lebih dari apa yg mampu ditanggung. Jangan putus asa dan terus berdoa kerana doa seorang ibu, dan doa hamba2 nya yg ikhlas insyaAllah akan dimakbulkan..Happy ending bukan..Alhamdulillah~~
Terima kasih kepada yang sudi membaca coretan yang panjang berjela ni... :)
Comments
Post a Comment