+ Premature Daughter +

Assalamualaikum,


Semalam genap usia Dahlia Dhuha 14 bulan..alhamdulillah ain bersyukur sangat sebab xpercaya yang Dahlia akan membesar dengan sempurna wpn berat Dahlia agak kurang berbanding kanak2 seusianya. Dahlia dilahirkan masa kandungan ain masuk 35 minggu 4 hari dengan berat 1.735kg sahaja, jam 10.05 malam (Caesar) sebab ain tetiba je ada darah tinggi..just imagine betapa kecilnya Dahlia..

Disebabkan berat badan dahlia xcecah 1.8 kg, lepas je operation dahlia terus dibawa ke NICU. Yang sedihnya Doc xsempat pon bagi ain tengok dahlia sebab dahlia punya pernafasan masa tu tak stabil, kua je dari perut terus doc masukkan dalam incubator and bawa ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit).

So dua hari lah ain melanguk dalam wad tanpa dahlia disisi..masa tu rasa down sangat sebab tengok jiran katil sebelah and depan sibuk main dengan anak masing2. Dua hari juga ain xdapat menyusukan Dahlia (sedih gila okeh)..

Lepas dua hari baru lah ain dibenarkan jumpa dahlia kat NICU..sesampai je kat sana ain terus menangis tengok keadaan dahlia yang kecil, kurus dan boleh dikatakan tulang dengan kulit je..tengok wayar dan tiub berselirat sana sini..mmg tuhan je tau perasaan ain masa tu..tapi syukur sangat doc kat situ banyak bagi semangat pada ain dan janji akan jaga dahlia sebaik mungkin..sebab kat NICU ibu bapa hanya boleh datang melawat 2x sehari..pagi dan petang.

Dahlia day 2

Doc cakap dalam masa seminggu insyaAllah dahlia boleh kua..tapi uols nak tau berapa lama ain tunggu untuk bawak dahlia pulang rumah? 28 hari ok..sebab berat dahlia lambat naik..uols nak tau kenapa berat dahlia lambat naik? puas lah ain pk kenapa lambat betul berat dahlia nak naik sebab biasanya baby kalo diberi susu ibu, badanya seperti dipam2..tapi lain pula jadinya pada dahlia, nak naik 1 gram sehari pon susah tau..setiap kali kaki melangkah nak masuk NICU perkara pertama bermain di pikiran "berapalah berat dahlia hari ni"  (terseksa jiwa dan raga)..hemmm

Ain igt semuanya akan ok, dan normal bagi baby premature ada masalah berat badan..rupanya ain diuji lagi, hari ke-5 doc sahkan yang Dahlia ada masalah jantung berlubang (Patent Ductus Arteriosus)..



Barulah ain tau kenapa berat dahlia lambat betul nak naik..rupa-rupanya sebab masalah jantung ni..doc cakap dahlia banyak guna tenaga sebab jantung dahlia bekerja 2x daripada jantung manusia yang normal. sebab tu berat dia lambat naik.

Masa mula2 dapat tau tu, 2 minggu ain menangis siang dan malam. Tapi alhamdulillah keluarga dan kawan2 banyak yang bagi semangat..so ain kuatlah sikit, terpaksa kuatkan diri sebab xnak dahlia dapat rasa apa yang ain rasa..sebab orang tua2 kata instinct ibu dan anak ni kuat.hmmm betul ke...?? ain pon xpasti..

 Ain xmerasa nak pantang macam orang biasa sebab ain kena kua umah juga sebab nak g melawat dahlia kat hospital..28 hari rutin ain pg dan petang akan ke hospital..hospital dah ibarat mcm rumah kedua.

sayu je hati bila masa melawat dah nak habis, 
xsampai hati nak tinggalkan dahlia..

Yang paling ain tak tahan bila tengok tangan Dahlia bengkak dan biru (lebam) sebab setiap hari tangan dahlia kena cucuk untuk diambil darah. sampai sekarang parut cucuk tu ada pada tangan Dahlia.

Selain tu, doc terpaksa bagi dahlia makan ubat jantung sementara berat dahlia cukup untuk di operate. Kesan ubat tu membuatkan rambut dan bulu2 roma dahlia gugur..sedih sangat tengok dahlia xada rambut dan kening.

 :(

Mcm tulah rutin ain selama 28 hari..begitu juga dengan Dahlia, selama 28 hari tangan dia tak pernah miss kena cucuk :(..lepas 28 hari tu Dahlia dibenarkan discharge daripada NICU, masa tu hati happy sangat dan dalam masa sama takut sebab masa kat NICU heart beat dahlia dipantau oleh mesin, sbb kadang2 dahlia sukar nak bernafas.

Tapi sebagai seorang ibu, ain kena beranikan diri..alhamdulillah ain dapat handle dahlia dengan baik..masa umur dahlia 2 minggu doc di NICU ada bawa dahlia ke IJN untuk check up dengan doc pakar. Doc IJN ckp kena tunggu berat dahlia stabil baru boleh operate..so setiap 3 bulan kena bawa dahlia check up sementara dapat tarikh yg sesuai untuk di operate, memandangkan size dahlia yang agak kecil dan berat dibawah 2.0 kg, operation dahlia terpaksa ditangguh sehingga berat dahlia mencapai syarat berat yang ditetapkan oleh IJN..

Dan tiba lah hari Dahlia kena operate..masa tu ain kena bermalam juga kat IJN sebab doc nak pantau dahlia sehari sebelum operate..Masa tu usia dahlia dah 3 bulan dengan berat 2.1kg..Hmm perasaan ain masa tu bercampur baur..risau dengan komplikasi selepas operate, sebab ibu bapa kat wad tu cerita mcm2.. komplikasi pas operation bagi baby biasanya paru2..ada kes yang paru2 mengecut, ada juga yang xberfungsi..malam sebelum operate tu ain langsung xboleh tdo sebab hati risau sangat dan xsampai hati nak berpisah ngn dahlia wpn sekejap..sebab ain dimaklumkan baby yang operation kadang2 ambil masa untuk sedar..ada yang koma seminggu, sebulan dan ada juga yang keesokan lepas operate dah sedar..hanya tuhan yang tau betapa risaunya hati seorang ibu bila dengar komplikasi yg mungkin belaku lepas operate :(

Hari yang ditakuti sampai juga..prosedur sebelum operate spt biasalah..Echo (Scan Jantung)....Hmmm dan uols nak tau apa jadi masa sesi Echo tu?....Hmmmm will be continue...

Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.