> Bukan Rezeki Kita Harimau Muda.



Assalamualaikum.


Semalam mesti ramai yang tengok perlawanan separuh akhir sepak bola antara negara Malaysia dan Indonesia yang berkesudahan dengan sepakkan penalti 4-5.

Dan ain tau ramai yang kecewa dengan kekalahan pasukan Malaysia. Ain juga kecewa tetapi ia tetap tidak memudarkan semangat ain untuk terus menyokong pasukan Harimau Muda untuk penentuan pingat gangsa. Ain harap rakyat Malaysia juga tetap setia menyokong pasukan Harimau Muda walaupun mereka tidak berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir.

Ain percaya mereka telah melakukan yang terbaik dan memang bukan rezeki mereka untuk membawa pulang pingat emas dalam kejohanan Sukan Sea kali ini. Selaku bekas atlet, ain sendiri akui bukan mudah untuk mengekalkan kemenangan, lagi-lagi untuk kali ke - 3 berturut-turut (hatrik).

Apapun ain ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana telah berhempas pulas dan beraksi sebaik mungkin. Ain harap korang akan berusha keras untuk memastikan pingat gangsa milik Malaysia.

We will pray for you Guys. Good Luck!



Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.