> Manfaat Stress.



Assalamualaikum.


Holla friend. Hmm arini ain tak berapa nak happy dan sedang stress sebab tengah pening cari pengasuh dan taska yang masih kosong untuk Dahlia. Sebelum ni mama ain yang jaga dahlia semenjak Dahlia lahir lagi. Rasanya sudah tiba masanya ain hantar mama balik Kuantan sebab kesian kat papa tak ada teman. Walaupun adik beradik ain ada dekat sana yang boleh tengok-tengok kan papa tapi tetap tak sama kan?

Pengorbanan mama memang ain tak akan lupa sampai bila-bila. Beliau sanggup berjauhan dengan papa dan family ain yang lain di Kuantan demi menjaga Dahlia, memandangkan keadaan Dahlia pada masa tu yang lahir tak cukup bulan dan ada masalah jantung belubang. Kalaulah ain sorang-sorang kena handle Dahlia pada masa tu tak mampu rasanya.

Dua hari lagi Dahlia genap berusia 15 bulan. Rasanya dah ok kalau hantar Dahlia ke taska. Tapi mesti dia tak biasa dan menangis rindukan tok mama. Mama ain sebenarnya berat hati nak tinggalkan Dahlia. Bila mengenangkan keadaan ni buat ain rasa nak menangis. Tapi nak tak nak ain tetap kena kuat lalui ini semua. Ini adalah perkara normal yang mungkin dilalui oleh kebanyakkan ibu bapa.

So tadi ngah stress-stress ain terbaca satu artikel mengenai stress yang mampu buat ain cool down sikit. So ain nak share dengan korang semua. Mana tau dapat membantu mengurangkan stress korang juga. Sharing is Loving.

{ Stress ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stress adalah fitrah manusia dan keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.

"Stress bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna, dan stres antara bukti manusia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stress. Sedikit stress diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun, jangan berlebihan, kerana akan menimbulkan pelbagai masalah".

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil." (Surah al-Ma'arij : 19-21) }

Manfaat Stres :-

  • Stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stress akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, beterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stress kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stress kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristigfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  • Stress kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stress kerana melihat perbuatan mugkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  • Stress kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk sembuh.




Comments

Popular posts from this blog

> Real Life.