> Walid & DD.





Assalamualaikum.


Happy monday peeps, ain harap uols sihat hendaknya okay!!


Ain alhamdulillah sihat cuma hati sedih mengenangkan keadaan mangsa banjir di pantai timur. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Ain hanya mampu doakan mereka agar terus dilindungi Allah dan dipermudahkan segalanya.




Mungkin ada sesetengah pihak akan melihat situasi di atas sebagai tidak patut kerana membiarkan anak bermain disekitar ahli keluarga yang sedang bersolat. Lain pula dengan pendapat ain, niat ain bukan untuk membiarkan tapi niat ain adalah untuk membiasakan Dahlia dengan cara-cara bersolat walaupun usianya baru 15 bulan. Kerana pada usia ini mereka sedang alert dengan apa yang dilihat dan apa yang didengar. Dengan harapan ianya akan menjadi ikutan.

-

-

dan alhamdulillah hasilnya sangat mengkagumkan.
-

-



Lihatlah apa yang dilihat oleh Dahlia sedang dipraktikkan.


Setiap ibu bapa ada cara didikkan masing-masing. Begitu juga dengan ain. Pendekatan yang ain guna adalah memberi ruang kepada dahlia untuk explore pelbagai perkara. Dengan harapan dia dapat belajar dari apa yang dilihat dan dengar. Oleh itu, kepada semua ibu bapa di luar sana, pada peringkat usia anak sedang membesar seperti ini jauhilah daripada melakukan perkara-perkara negatif agar perbuatan itu tidak menjadi ikutan. Tutur kata juga perlu dijaga supaya kata-kata yang keluar itu adalah kata-kata yang baik dan positif agar anak mendapat aura positif. Pesekitaran yang baik akan memberi impak positif kepada perilaku anak-anak.(Peringatan untuk diri sendiri juga).


"Berilah contoh yang baik kepada anak-anak sekiranya kita mengharapkan agar anak menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara!!"




Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.