> Selfie.



Assalamualaikum.


Hollaaa saudara saudari,

Heheehehhehe. ketawa dulu sebelum sambung! disebabkan tak ada kerja dan bosan ain nak share pic selfie ain (Bialah uols nak kata ain syok sendiri). Bhahaha.

Sekurang-kurangya ada juga kerja yang nak dibuat kan sebelum tunggu masa pulang kerja. Opss sebelum tu nak habaq mai, ain tak curi tulang naa. Ain akan menghadap blog ni time tak ada kerja je. So memang tak ada istilah curi tulang ok!




gambar ni di ambil masa ain dan mama pegi curve.


sampai je ofis perkara pertama yang ain akan buat adalah tengok view dari tingkap ofis ain, 
sebab view dari bilik ain sangat cantik okeh. Nampak tasik dan bukit bukau.
nanti ain tunjuk dekat korang ok!


Bila dah bosan tunggu makanan tak sampai-sampai, perkara yang ada dalam pikiran, 
selfie kejap lah. Heheheh.


Sebelum masuk lif rumah untuk ke ofis, pastikan semuanya ok. So selfie dulu lah,
 sebab ain memang tak bawak cermin.


Ni pulak dekat trafic light, lama sangat nak tunggu lampu hijau menyala, jadi uols pun dah tau kan apa yang akan ain buat. Jawapannya, SELFIE laaaaa.....


Sebab dah bosan selfie control ayu, sekali sekala ok juga buat muka buruk kan?
bhahaha ini betul-betul tak ada kerja.


Muka orang tengah bengang. Jangan ditanya bengang kenapa. Grrrrr..


Sebab tak ada orang nak tolong snapkan gambar we all so jawabnya, selfie lah. 
Me with my good friend Liana.


Pinjam spect suami, nak tengok sama ada sesuai or tak shape shade dengan muka ain.
so selfie lagi :)


Sebenarnya masa ni ain tengah betulkan tudung, tiba-tiba terasa nak selfie pulak.
hehheh!


selfie sehari lepas pasang braces! tengah excited dengan braces. 


Topik selfie ni ada keluar radio baru-baru ni. Macam-macam feedback yang ain dengar. Ada yang suka dan ada juga tak suka. Pada ain ia terpulang pada individu itu sendiri. Sebab dalam akta undang-undang persekutuan tak ada pula melarang untuk berselfie kan? Jadi pada yang tak suka selfie tu tak perlu lah cakap yang bukan-bukan sampai boleh melukakan hati seseorang.

Kalau dah tak suka duduk je diam-diam. Lagi baik dari cakap bukan-bukan. Dosa pun tak dapat kan. Setiap orang ada minatnya tersendiri. So jangan dihalang minat orang lain untuk berselfie. Bukannya selfie orang lain boleh membawa kemudaratan pada uols yang tak suka berselfie. Jangan marah ya pada yang terasa. Ain cuma melontarkan pendapat ain.








Popular posts from this blog

> Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga.

> Netizen Barber, Putrajaya.