> DD BERKEMBAN GANTUNG.



Assalamualaikum dan selamat tengahari uols.


.. Semalam seperti biasa balik kerja mesti tak sabar nak bukak pintu. Sebab pertama tak sabar nak jumpa DD, dan sebab kedua tak sabar nak tengok keadaan rumah. Dan seperti biasa juga, keadaan rumah macam kapal terbalik. Bersepah-sepah dikerjakan DD. Dek kerana mental awal-awal telah di setting, so takde lah rasa nak menangis tengok keadaan rumah macam tu.

Bukak-bukak je pintu nampak DD tengah terkedek-kedek dengan towel di badan. Baru pas mandi dengan tokma. Alahai cutenya..., tak jadi umi nak marah sebab sepahkan rumah. Yang kelakarnya ain paksa dia pose kat dinding. Dengan sepantas kilat dia pegi kat dinding tu dan pose bersama dua batang pena yang sedang dipegangnya. Bhahahaha. Biasanya susah gila nak snap gambar dia. Lari sana lari sini. Tapi semalam mungkin DD tengah feeling cute kot. Tu yang ikot je cakap umi dia. Tehehhe..



Snap gambar sambil ketawa tu yang senget benget. 





Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.