> SPECIAL 13TH.



Assalamualaikum uols.

Haihh arini ain macam takde mood sikit, mungkin sebab (red flag kot). Colleague pon EL arini sebab ayah beliau sakit katanya (semoga Allah permudahkan urusan kak ida sekeluarga ya). So ofis agak sunyi arini tanpa kak ida. Kalo dia ada, adalah teman untuk berbicara, alahai kuar sudah ayat drama melayu. mehehe.

Ok lah tanpa melengahkan masa dan melalut dengan lebih panjang, mari kita berbalik kepada main point. Hurmm special 13th? Haaa mesti korang nak tau apa yang special sangat dengan tarikh tu kan kan kan..? Ngeh ngeh ngeh.. 

Here we go:-


13 Januari 1988 - Tarikh Lahir En. asben ain.


13 September 2012 - Tarikh Lahir Dahlia Dhuha (anak perempuan ain yang noti2 comei)


13 November 2013 - Tarikh ain mula create blog.

So no 13 ni akan menjadi no penting yang ain akan ingat sampai bila-bila dan memang takan boleh lupa. Gila nak lupa birthday husband dengan anak sendiri. So arini en. asben ain sudah menjangkau usia 26 tahun, Dahlia pulak sudah menginjak ke usia 16 bulan. Manakala blog ain masih baby, baru berusia dua bulan. tehehe. Ain harap korang terus support ain. 

Ain masih mentah dalam dunia blog ni. Ain create blog ni pon sebab minat ain yang mendalam dalam bidang penulisan dan fotografi (Kalo dulu luah dan tulis dalam diary, terasa macam kuno sangat plak) tu yang cuba menaip dalam blog. Sebenarnya dah lama berniat nak ada blog. Tapi masa pulak tak mengizinkan. Sebab masa tu ain sibuk dengan training dan kuliah, so memang tak ada masa lah nak mengadap laptop! Mengadap pun untuk buat assigment je dan layan movie bila bosan. Sekarang dah lain, ain dah tak bersukan dan hanya fokus pada kerja dan keluarga, so adalah sedikit masa untuk berblog. Banyak manfaat blog sekiranya digunakan pada landasan yang betul. Menyesal tak buat blog dari dulu. Banyak memori yang lenyap macam tu je. Haisssh.







Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.