> Hati Tisu.
Terlalu banyak spekulasi berkenaan misteri kehilangan MH370.
Sampai Ain dah tak nak baca apa-apa berkenaan MH370 di media sosial.
Naik pening kepala sampai migrain.
Rasa macam kelakar kan tapi itu lah Ain.
Mungkin korang rasa Ain mcm over sebab bukannya ada keluarga Ain pun dalam tu.
Tapi entah kenapa semenjak ada anak ni jiwa Ain mudah tersentuh.
Berat Ain turun 2 kg sebab tak selera makan.
Ain ingat Ain je yang macam ni.
Rupa-rupanya kembar Ain pun sama.
Dia pun tak tenang selagi tak tau apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat MH370.
Ain pulak memang jenis yang suka berfikir kalau tengah ada masalah.
So kepala memang tak rest.
Ain pernah kot tak boleh tido dua (2) hari sebab memikirkan masalah.
Memang tak elok untuk kesihatan kan perangai Ain ni.
Ain sedang cuba berubah dan lebih bersemangat walaupun sedang di uji dengan pelbagai masalah.
Tak kisah lah masalah orang lain atau masalah sendiri yang memberi kesan pada Ain.
Semoga pencarian pesawat MH370 berakhir dengan berita gembira.
Comments
Post a Comment