> KEEP PRAYING FOR MH370.
Assalamualaikum readers.
Ain tau korang semua juga tengah bersedih dan simpati kepada ahli keluarga mangsa yang sedang menunggu berita mengenai kehilangan pesawat MH370 yang sudah masuk hari ke-3. Ain sendiri tidak lalu makan, tidak seceria biasa selepas mendengar berita berkenaan MH370. Ini kan pula keluarga mangsa (BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL). Jadi sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, ayuh ramai-ramai kita merendahkan diri menandah tangan dan berdoa dengan seikhlas hati agar Yang Maha Esa memberi pertunjuk kepada pihak berkuasa semoga usaha mencari pesawat MH370 dipermudahkan. InshaAllah doa hamba-hambanya yang ikhlas akan diperkenankan. Mungkin semua orang boleh buat spekulasi. Tetapi kebenaran tetap hanya Allah S.W.T. yang tahu. Jadi tiada guna kita semua bertekak mempersalahkan orang itu, orang ini. Jangan di layan orang yang cuba mendapatkan publisiti murahan di media sosial tu. Lebih baik kita terus berdoa, semoga segala persoalan akan terjawab nanti.
Yakin pada Allah inshaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Comments
Post a Comment