> End Of MH370.



Ain hanya mampu ucapkan "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun" selepas dimaklumkan oleh En. Ote berkenaan pengumuman DSN kepada pihak media tentang pesawat MH370. 
Ain tertido lepas isyak. Dalam jam 11.00 malam ain terjaga sebab mimpi buruk, 
(Ain dah tak boleh recall mimpi apa. Tapi memang sedih). 

Lagi bertambah sedih bila En. Ote kata DSN umumkan yang pesawat MH370 mengakhiri penerbanganya di Lautan Hindi. Ain terus tak boleh tido sampai jam 4.30 pagi. (Macam tak percaya)
Sedihnya rasa hati, sebab Ain berharap sangat mereka pulang dalam keadaan selamat. 

Ain hanya mampu doakan keluarga penumpang dan cabin crew pesawat MH370 redha akan pemergian insan tercinta. Memang mudah untuk Ain berkata seperti ini kannn?
Tapi ayat apa lagi yang sesuai untuk Ain katakan selain berharap mereka redha. 
Hanya dengan "redha" sahaja dapat mengurangkan sedikit  rasa kesakitan yang sedang di tanggung mereka.


Semoga kita semua beroleh manfaat daripada Quotes ini:-


"Dalam musibah itu terdapat empat seni,
Iaitu mencari pahala dari Allah, 
berkawan dengan kesabaran,
berzikir dengan baik,
dan menunggu kelembutan Allah s.w.t"


Al-fatihah buat semua penumpang dan cabin crew yang beragama islam,
 di dalam pesawat MH370 yang terkorban.
T_T



Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.