> Tiket Wayang Pertama Untuk Tahun 2014.



Nak dijadikan cerita, bulan lepas ain dan suami berpeluang pergi tengok wayang.
Cerita NON-STOP, berkenaan rampasan kapal terbang.
Memang sangat kebetulan, pada masa tu isu MH370 sedang hangat.
So memang kami excited lah, pas kua wayang leh sambung berbahas dengan en. suami.
Memasing poyo lah dengan fakta masing-masing. Dari dulu memang kami macam tu. HAHAHAH.
Tu pun dapat tengok wayang sebab DD tak ada, balik kampung ikot mama and papa.
So dapat lah kami melepaskan gian pergi tengok wayang.
Kalo dulu sebelum ada anak boleh dikatakan setiap minggu kami tengok wayang.
Kami berdua memang kaki tengok wayang dari zaman bercinta.
Memang tak terlepas lah cerita-cerita best.
Tapi sekarang kalo korang tanya cerita apa ek best kat wayang.
Jawabnya : "I Have No Idea"
Memang tak tau langsung, sebab tak ada hati nak amik tau. 
Nanti buat bengkak hati je sebab frust tak dapat pergi tengok wayang. Hmmm.
Ain memang tak pernah terniat nak bawa DD pergi tengok wayang sekali.
Sebab pertama taknak ganggu penonton lain, kalo-kalo DD menangis.
Sebab kedua, ain memang mementingkan keselesaan DD.
Tunggu lah DD besar sikit baru boleh bawak dia tengok wayang sama-sama kot. 
Hmmmm.


P/s: Maaf baru update sekarang pasal tiket wayang ni. Tak basi lagi kan kan kan?
HAHAAHAH...... Layan jelah korang ya...

(=.<)




Popular posts from this blog

> Netizen Barber, Putrajaya.

> Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga.