> Happy 60th Birthday Mama.


Ya Allah terima kasih kerana Engkau meminjamkan seorang wanita bergelar mama kepada kami sekeluarga. Syukur tidak terhingga kerana kami dikurniakan mama yang sangat penyayang dan sangat mementingkan kami (anak-anak). Tak payah cakap soal pengorbanan, Ain rasa semua ibu bapa pun ada pengorbanan masing-masing demi membesarkan anak mereka. Lagi-lagi mcm keluarga Ain bukan lah datang dari golongan berada tapi alhamdulillah kami masih cukup makan, pakai dll. Cukup besar pengorbanan mama dalam membesarkan kami adik beradik. Jika terkenang pengorbanan mama selama ini, boleh buat Ain menangis. Mama seorang wanita yang hebat, tabah dan kuat melalui pelbagai dugaan. Ain bangga ada seorang ibu seperti mama.


ALHAMDULILLAH YA ALLAH.....



Happy Birthday Mama.
We Love You.
(>.<)




Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.