> 3rd Year.



Alhamdulillah harini genap 3 tahun usia perkhawinan Ain dan Ote.
Dalam tempoh 3 tahun ni, kami masih dalam proses memahami dan adapt dengan perilaku masing-masing.
Biasalah kan, mana ada manusia di muka bumi yang dilahirkan sempurna.
Jadi kalo isu-isu kecil yang tak menyenangkan Ain dan Ote, kami cuba tak ambil port sangat.
kami cuba terima each other seadanya.

Kami mula berkawan pada tahun 2005. 
Kami satu sekolah (Sekolah Sukan Bukit Jalil)
Dia budak bola, Ain pulak budak menembak.
Masa awal perkenalan dia baru 16 tahun, Ain pulak 18 tahun.
Ain senior 2 tahun dari Ote.
Ain Pra-U masa tu.
Mana nak sangka jodoh Ain ngn budak muda.
Tak pernah terfikir pun akan berkhawin ngan lelaki yang lebih muda.
Dengan budak bola pulak tu.
Ain punya lah tak suka budak bola sebab tau masa tu budak bola kat SSBJ cam bajet best.
Ain memang tak suka orang yang poyo-poyo and bajet best ni.

Haaaa amik nak kaw, orang yang Ain tak suka pada awalnya jadi husband Ain sekarang.
HAHAHHAHAHA.
Betul perpatah orang tua.
Mula-mula benci lama-lama suka.
Hmmmmmmmmm......

So dah hampir 9 tahun ain mengenali Ote.
Tipu lah kalo Ain kata dalam tempoh masa tu kitorang tak ada krisis.
Haihhh macam-macam lah yang kami lalui.
Manis, Pahit, Masam, Masin semua rasa.
Tapi itulah namanya asam garam kehidupan.

Kenapa Ote menjadi pilihan Ain?
Pertama sebab Ote seorang lelaki yang sangat caring dan penyabar orangnya.
Selain tu dia juga sangat menjaga solat 5 waktu dan berkebolehan dalam banyak perkara (serba boleh).

Ain Syukur sangat sebab Allah temukan kami.
Pertemuan yang bermula dengan banyak pertanda.

Ain mula jatuh cinta masa 1st time dengar Ote menyanyi.
Ain takan pandang/ perasan dia kalo tak sebab dia pakai inner menembak masa menyanyi.
Ote pinjam inner tu dari junior Ain.
So agak pelik bila nampak Ote pakai inner tu.
Sebab budak menembak je ada inner tu dan memang tak ada jual kat Malaysia.
Memang tak pernah di buat oranglah pakai inner tu untuk aktiviti lain kecuali menembak.
Si Ote boleh pulak pinjam and pakai untuk buat persembahan.
Memang rare lah.

Dan mana nak sangka suara azan yang ain admire berbulan-bulan rupanya suara Ote.
Asrama kami bersebelahan dan surau tengah-tengah.
Jadi kalo azan memang dengar lah kat asrama lelaki dan asrama perempuan.
Padahal masa tu Ain ngn Ote dah berkawan.
Tapi memang tak cam langsung suara azan tu rupanya suara Ote.
Lepas tahu itu suara Ote, lagi lah buat Ain bertambah suka dan nak serious dengan Ote.

Bila terkenang zaman berkawan dulu memang kelakar lah.
Macam-macam kenangan.

Ain harap sangat semoga hubungan kami sebagai suami isteri kekal hingga ke Jannah.
Kalau sebaliknya yang jadi Ain redha.
Sebab Ain yakin dengan perancangan Allah.


HAPPY 3rd ANNIVERSARY HUSBAND.
LOVE YOU AND DD.




Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.