> Hi Muhammad Mikhail.
Assalamualaikum readers.
Pertama sekali Ain nak ucap selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan yang beragama islam dan Ain nak mintak maaf jika ada salah silap pada sesiapa sama ada secara sengaja atau pun tidak. Alhamdulillah harini dah masuk ramadhan ke-3. Semoga kita semua di rahmati di bulan yang mulia ini.
Ain just nak share berita gembira dengan korang. Alhamdulillah pada 28 Jun 2014 (Sabtu), My SIL selamat melahirkan baby boy dengan berat 2.9 kg. Syukur sangat sebab kedua-duanya selamat. Tahniah kepada Izza dan kembar Ain "Ijay" yang kini sudah bergelar Bonda dan Ayah.
Kalau ikut kan due date, My SIL bersalin 12 Julai 2014 ni. Tapi apa kan daya, dah Mikhail nak keluar awal. Mungkin nak celebrate birthday sama-sama dengan Damia dalam bulan Jun juga. Hehehe. Mana nak sangka dalam masa seminggu Ain menimang dua orang anak buah, hanya beza 3 hari. Seronok sangat. Ain plak memang suka dengan budak-budak. Confirm meriah raya tahun ni. Alhamdulillah....
Love You
.
.
MUHAMMAD MIKHAIL BIN HAIRUL IZAL
(Day 2)
Comments
Post a Comment