> Last Day Mama di Putrajaya.


Assalamualaikum everyone.



Setelah hampir 1 tahun 9 bulan mama menetap di Putrajaya bersama Ain dan suami, harini tiba masanya mama pulang ke Kuantan. Mama duduk dengan Ain pada mulanya sebab nak jaga Ain yang berpantang selama 44 hari. Tapi kerana DD ada masalah kesihatan pada masa tu dan lahir tak cukup bulan, mama decide nak jaga DD sehingga keadaannya cukup memuaskan. Sekarang DD pun dah besar dan sihat (Alhamdulillah). 


Semalam kakak Ain bersalin, so kena lah Ain hantar mama balik. Sebab kesian pulak kat kakak kan. Sebab biasanya dalam pantang memang mama lah yang akan jaga. Nasib lah mama ada dua orang je anak perempuan. Kalau ramai pengsan lah mama. Ain dulu pun memang plan nak berpantang kat Kuantan. Tapi apakan daya DD kena tahan NICU 28 hari sebab berat tak mencapai 1.8 Kg dan kena follow up IJN. So terpaksa lah mama jaga Ain berpantang dekat sini. Pulak tu hari ke-48 selepas bersalin Ain dah kena lapor diri kat KKMM. Lagi lah pening kan. Nasib lah mama volunteer nak jaga DD kat sini walaupun terpaksa berjauhan dengan papa. Dan syukur juga papa izinkan dan sangat memahami situasi Ain dan Ote. Syukur sangat-sangat sebab Allah ringankan beban kami pada masa tu.


 Sedihnyaaaa mengenangkan yang ain akan berjauhan dengan mama sekali lagi. Ain berjauhan dengan keluarga sejak umur Ain 16 tahun. Bila mama decide nak duduk dengan Ain dan jaga DD sehingga keadaanya OK. Ain happy dan bersyukur sangat. Tapi harini sekali lagi Ain melalui saat yang sukar dan menyedihkannnn...

T_T
.
.

MAMA AIN TAK AKAN LUPA JASA MAMA SELAMA INI.
THANK YOU FOR EVERTHING.
YOU ARE THE BEST MOM IN THE WORLD.




Comments

Popular posts from this blog

> Congratulation Azri Alwan.

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.