> Congrats Trio's.

Assalamualaikum dear readers.


Alhamdulillah harini merupakan hari yang gembira buat skuad menembak negara di Incheon, Korea. Tahniah buat Kak mus, Kak Sue dan Ayuni Farhana kerana menambah kutipan pingat buat negara. 1 Perak menerusi acara rifle prone individu yang diraih oleh penembak super senior negara *Nur Suryani Mohd Taibi dan juga 1 gangsa menerusi acara berpasukan. 


Untuk pengetahuan korang, bukan mudah untuk meraih pingat di peringkat Asian Games ni memandangkan saingan dari negara-negara kuat seperti China, Korea, dan Kazakhstan dll. But alhamdulillah mungkin sudah tertulis harini rezeki buat penembak Malaysia. Ya Allah hanya Tuhan yang tau betapa gembiranya ain bila dapat berita yang ex teammate ain menang medal kat Incheon. Terbalas penat lelah dorang selama ni.


*Dan tak lupa harini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran kak sue. Sememangnya harini adalah hari yang amat bertuah buat kak sue. Btw Happy Birthday Kak sue. Im happy for you and team.


GOOD JOB GUYS!

Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.