> Kisah DD dan IOI Mall.


Assalamualaikum and hi dear readers.

Sabtu lepas DD jatuh terhantuk bucu besi dekat H&M IOI Mall. Patut lah hati tak sedap masa mula-mula sampai dekat IOI Mall haritu. Rupanya nak jadi benda tak elok. Apapun Ain bersyukur sebab tak kena dekat mata DD. 


DD memang lasak orangnya. Dalam duk perhatikan dia pun boleh jatuh. Dah lama kami tak ke mall sebab tak larat nak handle kelasakkan DD. Tapi sabtu lepas tu memang tekad bawak DD ke mall sebab nak beli barang dia. Bila dah kena macam ni, Ain rasa ralat pulak sebab bawak DD ke mall haritu, Tapi bila fikir secara rasional kalau benda dah nak jadi tak kira tempat kan? Hmmm...

So, sabar dan redha jelah. Cuma lepas ni nak kena berhati-hati lebih sikit..



Sedih tengok anak ummi macam ni.


Popular posts from this blog

> Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga.

> Netizen Barber, Putrajaya.