> Jangan Mudah Berprasangka Buruk Pada Orang.



Assalamualaikum and hi my dear readers.

Ain tak faham dengan sikap segelintir manusia yang suka sangat berprasangka buruk pada orang walaupun dia tidak mengenali benar orang tersebut. Kenapa ek? kadang-kadang orang tu tak buat salah pape pun, cuma mungkin dia tak balas senyum dan style nya yang agak macam poyo-poyo. Tapi apa ek hak kita sampai nak membenci kerana dia jenis yang tak senyum pada orang yang dia tak kenal. Benar sangat pepatah melayu ada mengatakan "TAK KENAL MAKA TAK CINTA". Mungkin dah memang sikap dia macam tu, mana tahu dengan orang yang dia kenal dia akan senyum.

Bila mudah sangat membenci orang tanpa sebab yang kukuh, tak tau nak kata lah siapa yang bermasalah dekat sini. Maaflah Ain memang tak boleh dengan sikap orang yang senegatif macam ni. Sebab pada Ain orang nak senyum ke tak senyum ke itu hak mereka. Selagi mereka tidak medatangkan masalah pada kita, apa masalahnya eh? Bila mudah sangat berprasangka buruk dan befikiran negatif, secara tak sengaja kita akan create benda-benda yang tak patut dalam otak. Rugi kan memenatkan otak untuk fikirkan benda yang remeh temeh macam tu? Lebih baik fikir macam mana ek nak tingkatkan prestasi kerja daripada sibuk duk jaga tepi kain orang. Orang tak senyum pun jadi isu. Haihhhh ruginyaaa lah.

Haaa ada yang terasa ke? Kalo ada jadikan ikhtibar. Perbaiki diri. Orang yang berfikiran negatif ni susah nak maju dalam hidup. Sebab pergi mana-mana pun akan ada masalah kalo terlalu banyak fikir buruk tentang orang. Cuba kenali, fahami dan hormati pendirian dan peel orang di sekeliling kita. In shaa Allah takan ada perasaan benci dsbgnya. Ain bukan lah nak tunjuk pandai or berangan nak jadi pakar motivasi. Tapi ini lah yang Ain belajar dulu selama 12 tahun begelar atlet. Mind kena sentiasa positif.

*tiada kaitan dengan Ain pun, cuma tak selesa mendegar orang mengadu tentang benda yang pada Ain, alahaiiii ingatkan isu Negara. 

Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.