> Sedih.


Assalamualaikum and hi guys.

Nak tau kenapa Ain sedih? Ain sedih sebab Bos dan Colleague Ain telah dan akan berpindah ke bahagian lain. Tinggal Ain sorang yang masih kekal di Unit Perhubungan dan Promosi (PP), Bahagian Antarabangsa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMMM).

Sebelum ni Ain tak pernah shared dengan korang tentang kerja Ain kan? So, jom Ain sharing sikit dengan korang. Tugas Ain di Unit PP ni lebih kepada merancang, mengurus dan melaksanakan Seminar, Forum, Persidangan Antarabangsa dan Pameran yang bersesuaian dengan isu semasa berkenaan Komunikasi dan Media.

Ain mula bertugas di Unit PP ni pada 2 Januari 2013. So hampir 2 tahun juga lah Ain mengenali bos dan colleague Ain ni. Ain bersyukur sangat sebab dapat bos dan colleague yang sangat baik dan tak kedekut ilmu. Dorang lah yang banyak ajar Ain dari A-Z tanpa jemu. Bukan senang nak jumpa orang yang tak jemu melayan karenah Ain yang jenis suka bertanya sesuatu sehingga Ain benar-benar faham. Hahahha tabiat dari kecik. Suka tanya soalan secara details. Memang orang sakit hati nak melayan kalo kurang kesabaran dalam diri. Kah kah kah. So mujur lah bos dan colleague Ain sporting. Kih kih kih.

Nah sharing sikit gambar Ain bersama mereka selama 2 tahun bersama:-


Kiri: Kak Ida (colleague), Rajesh (Unit IT), Ain dan yang kanan sekali nilah bos Unit Ain yang sangat baik hati dan sangat memahami. Gambar ni di ambil pada bulan Oct 2014 masa Ain dan team handle Pameran sempena Hari UNESCO di Dataran Merdeka.


Kami sangat lah rapat sampai nak pakai baju apa pergi kerja pun siap planned. HAHHAHA
tu yang sedondon tu.


Baru semalam Kak Ida pindah ke Bahagian lain. Harini dah rindu. Rasa sunyi je takde geng berborak. T_T.


Ni gambar masa persiapan Seminar World Development Information Day pada bulan Nov 2014.
Masa ni Ain tengah demam, tu yang muka tak semengah. 


Bos Ain pun turun padang untuk memastikan setiap inci persiapan berjalan sempurna.


Kak jangan lupa saya naaa.... Will misses to worked with you again. Semoga dapat bekerjasama lagi dengan orang yang tak kedekut ilmu seperti akak. Maafkan saya selama kita bekerjasama, saya ada buat akak terkecil hati dan marah naaa... Thank you so much kak *sambil lap air mata. So sad.

T_T



Comments

Popular posts from this blog

> CLASSMATE 2002/2003 SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

> Thank You Husband.