> Last Day Mama di Putrajaya.
Assalamualaikum everyone. Setelah hampir 1 tahun 9 bulan mama menetap di Putrajaya bersama Ain dan suami, harini tiba masanya mama pulang ke Kuantan. Mama duduk dengan Ain pada mulanya sebab nak jaga Ain yang berpantang selama 44 hari. Tapi kerana DD ada masalah kesihatan pada masa tu dan lahir tak cukup bulan, mama decide nak jaga DD sehingga keadaannya cukup memuaskan. Sekarang DD pun dah besar dan sihat (Alhamdulillah). Semalam kakak Ain bersalin, so kena lah Ain hantar mama balik. Sebab kesian pulak kat kakak kan. Sebab biasanya dalam pantang memang mama lah yang akan jaga. Nasib lah mama ada dua orang je anak perempuan. Kalau ramai pengsan lah mama. Ain dulu pun memang plan nak berpantang kat Kuantan. Tapi apakan daya DD kena tahan NICU 28 hari sebab berat tak mencapai 1.8 Kg dan kena follow up IJN. So terpaksa lah mama jaga Ain berpantang dekat sini. Pulak tu hari ke-48 selepas bersalin Ain dah kena lapor diri kat KKMM. Lagi lah pening kan. Nasib lah mama...