> Thank You Husband.
Assalamualaikum and hi dear readers. Petang semalam badan Ain tiba-tiba rasa lain macam. Bisa-bisa dan menggigil. Sampai je rumah Ain terus terbaring dan berselimut. Ain sendiri tak tau sebab apa Ain jadi macam tu. Sebab sebelum ni Ain memang jarang kena demam dan sakit-sakit. Tapi semenjak melahirkan Dahlia Ain akui badan Ain tak sekuat dulu. Tak tau lah sebab faktor umur atau sebab Ain dah lama tak work out. So, petang semalam Ain memang tak larat nak buat kerja rumah, alhamdulillah nasib lah suami Ain tolong ringankan beban Ain. Dialah yang buat semua kerja rumah. Dari mandikan anak, bagi makan anak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan layan karenah Dahlia yang tengah melasak tu. Tak terbalas jasa beliau kerana sudi buat kerja tu semua masa Ain tengah tak sihat. Thank you sangat-sangat B.