Posts

> Jangan Mudah Berprasangka Buruk Pada Orang.

Assalamualaikum and hi my dear readers. Ain tak faham dengan sikap segelintir manusia yang suka sangat berprasangka buruk pada orang walaupun dia tidak mengenali benar orang tersebut. Kenapa ek? kadang-kadang orang tu tak buat salah pape pun, cuma mungkin dia tak balas senyum dan style nya yang agak macam poyo-poyo. Tapi apa ek hak kita sampai nak membenci kerana dia jenis yang tak senyum pada orang yang dia tak kenal. Benar sangat pepatah melayu ada mengatakan "TAK KENAL MAKA TAK CINTA" . Mungkin dah memang sikap dia macam tu, mana tahu dengan orang yang dia kenal dia akan senyum. Bila mudah sangat membenci orang tanpa sebab yang kukuh, tak tau nak kata lah siapa yang bermasalah dekat sini. Maaflah Ain memang tak boleh dengan sikap orang yang senegatif macam ni. Sebab pada Ain orang nak senyum ke tak senyum ke itu hak mereka. Selagi mereka tidak medatangkan masalah pada kita, apa masalahnya eh? Bila mudah sangat berprasangka buruk dan befikiran negatif, secara tak...

> Sedih.

Image
Assalamualaikum and hi guys. Nak tau kenapa Ain sedih? Ain sedih sebab Bos dan Colleague Ain telah dan akan berpindah ke bahagian lain. Tinggal Ain sorang yang masih kekal di Unit Perhubungan dan Promosi (PP), Bahagian Antarabangsa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMMM). Sebelum ni Ain tak pernah shared dengan korang tentang kerja Ain kan? So, jom Ain sharing sikit dengan korang. Tugas Ain di Unit PP ni lebih kepada merancang, mengurus dan melaksanakan Seminar, Forum, Persidangan Antarabangsa dan Pameran yang bersesuaian dengan isu semasa berkenaan Komunikasi dan Media. Ain mula bertugas di Unit PP ni pada 2 Januari 2013. So hampir 2 tahun juga lah Ain mengenali bos dan colleague Ain ni. Ain bersyukur sangat sebab dapat bos dan colleague yang sangat baik dan tak kedekut ilmu. Dorang lah yang banyak ajar Ain dari A-Z tanpa jemu. Bukan senang nak jumpa orang yang tak jemu melayan karenah Ain yang jenis suka bertanya sesuatu sehingga Ain benar-bena...

> Model Tak Berbayar.

Image
Assalamualaikum. Tetiba rasa geli jer dengan tajuk entry harini. Model lah sangat kan? Sorang model pakaian size XL, sorang lagi model minyak melebatkan janggut boleh lah. HAHAHAHA...... Jangan lah muntah ya korang. Saje je suka-suka. Tak pernah pun berangan nak jadi model or selebriti. Muka bulat macam pau kaya and pose pun mcm batu tugu. Memang tak sempat berangan pun dah sedar kemampuan diri. Kikiki. Bergambar untuk koleksi sendiri je. Lokasi di Sunway Piramid. 

> Well Time Spent With Papa & Mama.

Image
Assalamualaikum guys. Sabtu baru ni ain bawak papa mama pergi IOI Mall, Putrajaya. Ini kali pertama papa dan mama ke IOI Mall. Papa mama datang Putrajaya malam khamis lepas sebab nak perbaharui ic, sambil melawat ain dan family. Thank you so much papa mama. Excited sangat mama dapat jejalan. Sebab mama memang kaki berjalan, tak reti penat. Hahhaha. Kalau dapat berjalan/keluar dari pagi sampai malam pun takpe. Takdenya nak mengeluh penat ke apa. Lain pulak dengan papa. Papa jenis yang suka duduk rumah and rest bila weekend. Huhuhu. ********************************************************** Aktiviti hari Ahad: Bawak papa mama sarapan pagi di Kedai Roti Canai Kari Kambing dekat Bangi.  Macam-macam lauk ada, kari kambing, sambal sardin, sambal kerang, dll. Memang terbaaikkk. Lepas sarapan terus bawak mama papa ke Sunway Piramid. Mama nak shopping.  Amboii masyuk ler tu.. Hari-hari nak main playground. Nasib ada ...

> Riadah.

Image
Assalamualaikum. Aktiviti kami masa cuti Wilayah dan Thaipusam baru ni. Sayang tak dapat nak balik kampung sebab husband ada job PA sistem dia tu. Isnin dan selasa baru husband free. Tu pun tak kemana sebab husband penat. Jalan-jalan dalam sekitar Putrajaya je. Bagi seronok DD. Kesian dia duduk rumah je. Boring asyik main mainan. Family potrait yang tak jadi. Tengok lah DD, kalo dah dapat belari tak nak berhenti.  Ajak tangkap gambar pun tak nak. Huh! Suparman  Suka sangat DD kalau dapat keluar, belari tak henti-henti.  Nasib lah kalini giliran husband yang jaga. Rasakan bertapa susah nya nak handle si DD ni. Heheheh Cantik sangat view ni. Sedap mata memandang dan tenang.

> 1600 Pandas, Publika.

Image
Assalamualaikum. Sabtu baru ni Ain dan Husband bawak DD pegi Publika. Suka sangat DD dapat tengok Panda.  DD memang suka dengan binatang dari baby lagi. Kalau tak takde lah hari-hari suruh bukak channel Nat Geo. Naik bosan dah. Huhuhu.

> Bila Nak Tambah 1 Lagi?

Image
Assalamualaikum. Ain cukup stress bila orang asyik tanya bila nak tambah anak seorang lagi. Dahlia kan dah besar. Pada Ain setiap orang ada prinsip hidup masing-masing. Dan prinsip itu seharusnya dihormati dan tidak dibanding-bandingkan. Mungkin pada sesetengah parents mereka suka anak yang rapat usianya, sebab ada yang kata nak bagi ada kawan lah dll. Tapi pada Ain biarlah Dahlia dah boleh berdikari supaya nanti bila DD dah ada adik Ain boleh bahagikan masa dengan baik supaya salah seorang tidak rasa terabai. Sebab Ain nak DD dapat kasih sayang yang cukup dan mendapat perhatian yang sewajarnya. So tolong lah jangan buat Ain rimas dengan soalan-soalan clise macam tu. Lagi-lagi dengan kos hidup di KL ni patut kot Ain berdiri teguh dengan prinsip Ain. Ain lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti. usia DD sekarang 2 tahun 4 bulan. In shaa Allah usia DD cukup 3 tahun, ummi bagi DD adik okey! Kikikiki.